20100817

SAINS PERSEKITARAN

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 06:06
klik-klik=) 

Punca dan Faktor-faktor Peningkatan Suhu Dalam Bangunan Kediaman

Untuk memudahkan kita memahami dan meneliti masalah peningkatan suhu dalaman secara keterlaluan, eloklah kita teliti secara ringkas faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan suhu ini. Lazimnya di negara kita suhu di dalam bangunan memang akan meningkat beberapa darjah lebih tinggi daripada suhu di luar bangunan oleh beberapa faktor seperti berikut:

i. Tambahan haba oleh kepanasan dari badan penghuni,

ii. Orientasi Bangunan yang salah,

iii. Pengabaian aspek rekabentuk berteraskan iklim

v. Bahan-bahan binaan yang tidak sesuai,

vi. Jarak Bangunan kediaman,

vii Tambahan haba oleh lampu dan peralatan elektrik dan mekanikal,.

viii.Tiada kawasan hijau di persekitaran bangunan kediaman,

ix. Tiada banyak bukaan,


1.0 LAPORAN PENINGKATAN SUHU DALAM BANGUNAN

1.1 TAMBAHAN HABA OLEH KEPANASAN DARI BADAN PENGHUNI

Manusia mengeluarkan haba ke persekitarannya dengan cara perolakan,bahangan,sejatan dan pengaliran.Semakin ramai penghuni(manusia) di dalam kediaman semakin meningkat tahap haba.Kita dapat alaminya ketika didalam kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar.Dibawah adalah pemindahan haba secara perolakan,sinaran,sejatan dan pengaliran

1.2 ORIENTASI BANGUNAN YANG SALAH

Bangunan yang orientasinya salah akan menerima tambahan haba melebihi dua kali ganda daripada bangunan yang betul orientasinya. Sekiranya bangunan A dilengkapi pula dengan tingkap kaca pada sisi timur dan barat, sebahagian besar haba matahari yang mengenai tingkap akan masuk ke dalam ruang tanpa halangan. Keadaan ini bertambah rumit lagi apabila kesan "rumah kaca" juga akan berlaku akibat tersekatnya sinaran gelombang panjang untuk keluar oleh kaca tingkap. Peningkatan suhu dalaman yang berlipat ganda tingginya hasil daripada kesan salah orientasi dan salah penggunaan kaca tingkap akan menyebabkan tenaga penghawa dingin diperlukan untuk menurunkan suhu ketahap yang selesa kepada penghuni bangunan sekiranya penghawa dingin digunakan juga berlipat ganda. Kaedah semulajadi untuk mengurangkan kesan haba mungkin tidak lagi berupaya mengatasi masalah ini dengan berkesan.

Bangunan kediaman yang menghadap kearah matahari akan menyebabkan cahaya matahari terus masuk kedalam ruang kediaman tanpa dikawal.

1.3 REKABENTUK RUMAH

Rekabentuk rumah yang tidak bersesuaian dengan iklim persekitaran.Ianya akan mengundang ketidakselesaan pengguna.Keluasan ruang dalam bangunan kediaman perlu mempunyai banyak bukaan untuk pengaliran udara yg baik serta mencukupi untuk pengguna.Konsep perumahan sekarang lebih cenderung terhadap senibina yang menarik serta memikirkan keuntungan tanpa memikirkan keselesaan pengguna.Pemaju dan arkitek perlu peka terhadap kesesuaian serta keperluan rekabentuk bangunan kediaman.

Contoh-contoh ini menggambarkan betapa penekanan terhadap rekabentuk berteraskan iklim kurang diambil perhatian dan kemungkinan para arkitek sendiri tidak memahami dengan baik aspek penting ini. Kita sememangnya telah terlalu banyak menciplak rekabentuk bangunan dari negara luar tanpa membuat kajian tentang kesesuaiannya dengan iklim dan persekitaran negara ini terlebih dahulu.

1.4 Bahan Binaan

Kita kini lebih terpengaruh dengan rekabentuk dan bahan binaan baru yang kononnya lebih tahan lama tanpa menilai kesan sampingan yang dihasilkannya seperti peningkatan suhu dalaman secara keterlaluan. Rumah-rumah kampung yang dahulunya menggunakan atap nipah, rumbia atau genting tanah liat kini tidak juga ketinggalan telah digantikan dengan atap besi berombak (zing), bod simen dan genting konkrit. Sebenarnya kebanyakan bahan-bahan baru ini merupakan pengalir haba yang baik berbanding dengan bahan-bahan tradisi yang terdiri daripada bahan penebat haba.

1.5 JARAK BANGUNAN KEDIAMAN


Jarak bangunan yang rapat serta dekat boleh menyebabkan punca peningkatan suhu didalam bangunan kediaman.Contohnya seperti rumah setinggan.Ianya tersusun rapat serta tidak teratur.Pengaliran udara sangat sukar diterima oleh Sesuatu ruang didalam bangunan kediaman.

Selain rumah setinggan,apartment juga boleh diambil sebagai contoh kerana sesetengah pemaju membina apartment di tengah Bandar yang penuh dengan bangunan tinggi.ini boleh berlakunya halangan angin yang lalu disekitar bangunan kediaman untuk terus masuk secara baik kedalam ruang-ruang bangunan kediaman.

1.6 TAMBAHAN HABA OLEH CAHAYA SECARA SEMULAJADI DAN MEKANIKAL


Cahaya yang banyak boleh menyebabkan ruang didalam bangunan kediaman mengalami peningkatan suhu.Terutamanya apabila lampu berwarna kuning,kerana lampunya bewarna kuning mempengaruhi suasana menjadi panas serta ekslusif.Ia tidak sesuai digunakan untuk ruang beristirehat.Tambahan haba oleh cahaya semulajadi tanpa dikawal menjadi punca peningkatan suhu dalam bangunan kediaman.


1.7 TIADA KAWASAN HIJAU DI PERSEKITARAN BANGUNAN KEDIAMAN.


Bangunan kediaman yang tiada di persekitaran hijau adalah faktor dan punca berlakunya peningkatan suhu.Kawasan hijau adalah penting. Pohon-pohon kayu yang rendang sebenarnya bukan sahaja berperanan mengindahkan lagi suasana di satu-satu petempatan tetapi lebih penting lagi dapat memberikan peneduhan kepada manusia dan persekitarannya agar peningkatan suhu bahangan dapat dikawal. Kombinasi pohon-pohon besar yang sedia ada dan pohon-pohon baru akan dapat memberikan perlindungan dan peneduhan kepada pejalan kaki, tempat-tempat riadah; meneduhi kereta dan juga sebahagian daripada bangunan dari panahan sinar matahari langsung yang keterlaluan. Dedaun pokok besar bertindak seperti penapis dengan mengurangkan penembusan sinar matahari langsung yang akan sampai ke permukaan tanah.


1.8 TIADA BANYAK BUKAAN

Kekurangan banyak bukaan akan menyebabkan pengaliran udara tidak berapa baik.Kekurangan udara menyebabkan penghuni berasa panas serta tidak selesa.Udara panas akan terkumpul didalam rumah dan boleh mengakibatkan udara yang kurang baik.Begitu juga dengan keluasan pintu serta tingkap/

KESIMPULAN

Kesimpulannya,bentuk topografi disesuatu kawasan mempengaruhi rekaan rekabentuk sesebuah bangunan bagi keselesaan penghuni.Pokok-pokok yang ditebang dan kekurangan kawasan hijau boleh menyebabkan suhu didalam bangunan kediaman akan meningkat.Sesebuah bangunan kediaman memerlukan persekitaran yang sihat dan selesa untuk didiami.Oleh itu,rekabentuk Sesuatu bangunan kediaman perlu sesuai.Bahan binaan yang digunakan juga perlu seimbang untuk mengurangkan punca dan faktor peningkatan suhu.

Pengaliran udara mestilah diutamakan kerana ia penting didalam bangunan kediaman untuk melakukan aktiviti harian dengan selesa serta udara yang berkualiti. Faktor-faktor luaran seperti suhu udara yang semakin tinggi akibat keadaan iklim dan cuaca adalah di luar kawalan manusia.Penggunaan kipas serta penghawa dingin berupaya mengurangkan peningkatan suhu didalam sebuah bangunan kediaman.Oleh itu,factor-faktor dan punca peningkatan suhu didalam sebuah bangunan ini boleh di elak dengan menitik berat nilai-nilai estetika sesuatu rekabentuk dan juga bahan-bahan binaan.


TERIMA KASIH,sudi baca

3 budak baik:

kingkong on Tuesday, March 04, 2014 5:45:00 AM said...

Thank's Infonya Bray .. !!!

www.bisnistiket.co.id

kingkong on Tuesday, March 04, 2014 5:48:00 AM said...

Thank's Infonya Bray .. !!!

www.bisnistiket.co.id

Eyesha Zaidin on Wednesday, April 23, 2014 6:39:00 PM said...

@kingkong welcome.=)

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan