20110925

NORMAN HAKIM & MEMEY

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 20:15
klik-klik=) 
salam...


ermm..alhamdulillah..akhirnya Norman Hakim,mohammad norhakim zaidon,35 dan pasangannya Memey,Suhaiza Suhaimi,23 telah sah bergelar suami dan isteri di Felda Tenggaroh Selatan 1,Kota Tinggi,Johor. 
sumber gambar daripada ZONARTIS










ANTARA YANG DAPAT SHA KONGSIKAN DISINI
KOTA TINGGI - Pasangan pelakon, Mohammad Norhakim Zaidon, 35, yang lebih dikenali sebagai Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, 23, atau Memey masing-masing sebak dan menangis pada majlis akad nikah mereka yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1 di sini semalam.
Pasangan pengantin itu mulai sebak sebaik Jurunikah Mukim Kamdau, Zulkipli Tarmizi membacakan khutbah nikah.
Sebelum itu, dengan sekali lafaz, Norman sah menjadi suami Memey yang menerima mas kahwin RM22.50 berserta wang hantaran RM24,000.
Pasangan itu mengenakan pakaian berwarna coklat hasil sentuhan dan sumbangan Ezuan Ismail.
Dua anak Norman ketika bersama bekas isterinya, Abby Abadi, iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut berada di sebelah Norman ketika majlis akad nikah yang bermula kira-kira pukul 5 petang manakala anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, 3, tidak hadir.
Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dengan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Dalam sidang akhbar selepas selesai diijabkabulkan, Norman berkata, perasaan sebak tersebut datang selepas dia terasa kehidupan masa lalunya yang tidak sempurna.

Ermm..kata-kata yang agak pelik tu(masa lalunya yang tidak sempurna).ApapOn,sha mendOakan pasangan ini bahagia selamanya.amin.





sumber gambar daripada OHBULAN!




sumber gambar daripada OHBULAN!





nak lagi lihat gambar???meh KLIK SINI!^_^







TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan