20110918

TIPS MEMILIH SAHABAT

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 20:38
klik-klik=) 
Salam ukhwah!

Syukur alhamdulillah,masih ada lagi perkara yang untuk sha kongsi dengan kawan-kawan.Sahabat merupakan teman,kawan,rakan yang rapat dengan kita selain keluarga.Oleh itu,pilihlah sahabat yang benar-benar ikhlas terhadap kita.Bukan senang dan mudah untuk mencari insan yang bernama sahabat pada zaman sekarang yang serba maju dan canggih .Sebab apa?sebab zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu.HAnya tuhan sahaja yang tahu.=)



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



Sukar bukan?.Adakah kawan-kawan telah menjumpai ciri-ciri sahabat yang ada diatas ini?.Kalau ada,alhamdulillah..jaga dan hormatila dia kerana bukan mudah mendapat sahabat begini.Manusia tak sempurna.




TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan