20111001

HARUSKAH BERKASAR????!

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 07:58
klik-klik=) 
SALAM. . .

Hari-hari sha mengadap macam-macam kerenah orang.Hari-hari juga hati sha ni perlu diservis dengan iman yang ada.Hari-hari jugaklah,banyak perkara yang belajar. .OH!semuanya hari-hari yang berlalu...

budi bahasa budaya kita


Semakin hari semakin meningkat usia tahun untuk bumi yang kita berpijak ni.Semakin hari jugak lah. .nilai-nilai peribadi manusia semakin berubah. .erghh! tertekan!. .sebab. .haruskah berkasar bila berkomunikasi???Kalau dulu-dulu,masih lagi ada nilai-nilai peribadi yang baik walaupun suara mereka agak lantang.Tetapi pada hari ini,kebanyakannya. . .ermp,sebaliknya yang terjadi.Ini,sudahlah suara nya lantang. . .ayat pula kurang sedap untuk didengar. .lebih-lebih lagi bila berkomunikasi.Tak boleh ke cakap dengan ayat yang sopan dan juga beri penghormatan sedikit pada orang yang mereka berkomunikasi tu.SUSAH SANGAT K?. .

cantiknya budi kerana hati

Sha bukan apa,pelikla dengan manusia akhir zaman ni.Bila cara komunikasi mereka kasar,macam-macam perkara boleh berlaku daripada kesan berkomunikasi tu.Lainlah,kalau mereka dah memang terbiasa dengan cara camtu pada orang yang mereka berkomunikasi tu.Tapi,tak boleh k cakap dengan berhemah pada orang yang mereka tak kenal??.

Kalaulah dengan orang yang tak dikenali cakap tidak berhemah,apatah lagi bila dengan orang yang cukup dia kenal.Lama sha perhatikan..lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di kedai,restoran,hotel,tukang jual tiket wayang & seangkatan dengan kerja yang perlu berkomunikasi dengan orang.Sha agak pelik,kadang-kadang ada timbul rasa kurang hormat antara mereka.Contohnya.. .si A ni jual barang.si B ni nak beli barang

A:ye encik,nak beli apa?
B:weh,bagi aku rokok sebatang.

(pergh!memang gempak.Sha cukup tak senang tengok cara yang macamni.Macam adik-adik dia je cara dia berkomunikasi tu)

A:erm..nak beli apa?
B:encik,saya nak beli panadol satu papan.

(Part yang ni plak,si A ni macam nak tak nak j layan.kalau sha yang datang kedai orang macamni.Rasa macam nak pangkah kedai dia.hehe)

A:hi encik,nak beli apa?
B:hi,bagi saya gula satu kilo ya.

(Aha,ni rasa seronok sikit bila sha lihat ada peniaga dan pembeli yang macamni.Hati pun rasa tenang je bila tengok)

Memang la hal ni nampak kecik,tapi hakikatnya. .sha dah tak nampak ciri-ciri sopan santun yang perlu ada pada kita semua sebagai rakyat Malaysia.Betul tak?.Bukan ke kita ni telah diterapkan nilai-nilai budi bahasa.Jadi,kita perlulah guna sebaik yang mungkin.Lebih-lebih lagi pada mereka yang bekerja di bidang hospitaliti.

Senang cakap,kerja macam sha wat sekarang la. .MASYA'ALLAH,hanya tuhan sahaja yang tahu macammana perasaan sha bila ada pelanggan yang mencampakkan kad pengenalan pada kita.Pastu,datang-datang tahu nak marah je.Sudahlah tiada budi bahasa,tau-tau nak mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.Sungguh menyakitkan serta memalukan!



Lebih menguji iman sha bila seseorang tu bersungguh-sungguh nak cari point pada kita.Ishtigfar jela sha ni.Sudahlah dia bertudung,tetapi kenapa perlu meninggikan suara di khalayak ramai?.Bukan kah,perlu bertanya dulu kemudian fahamkan.Jadi tidak perlu terus melenting.ALLAHU AKBAR !



HARUSKAH BERKASAR??


TERIMA KASIH,sudi baca

3 budak baik:

selipar hijau on Saturday, October 01, 2011 8:12:00 AM said...

tak harus.. tak patut..

LolipOp cOmel on Saturday, October 01, 2011 8:17:00 AM said...

memang tak patOt kan. . .

awra nurani on Friday, October 07, 2011 10:00:00 PM said...

tak patut2x~

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan