20120117

BUNGA APRIL -- tak tau sejarah tentang islam masa dulu k???

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 18:58
klik-klik=) 
Salam..



Hi kawan2!. . .ENTRY hari ni..sha nak kOngsi tentang bulan APRIL..erm..de tengOk cerita kat TV3..

BUNGA APRIL??
memula sha tengOk tajOk cerita ni..sha dah mula kOmpiuz...apatah lagi setelah menontOn babak papa si APRIL ni bagitau camne bOleh dapat nama tu..
Bukan kah APRIL itu bulan yang mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka ??

JIka sha salah..sha mOhOn maaf,tapi apa yang sha tau tentang bulan APRIL ni sama seperti ayat di atas.Erkk...actually sha x suka drama BUNGA APRIL..jalan cerita memang menarik..tapi nama diberi tu...erm..x de nama lain k?

Masih banyak lagi nama ISLAM yang cantik-cantik,kenapa masih ada yang nak mengagungkan nama-nama kearah barat??. .Owh..maaf andai sha bersikap tidak UP TO DATE.. .tapi sebagai umat islam. . sha perlu tahu dan harus tahu tentang sejarah-sejarah islam pada zaman dahulu.Hidup ni pOn x kan nak ikut arah barat dan cara hidup bukan Orang Islam?..

Ye..ye..saya tahu, kadang-kadang manusia terlupa dan sering lalai.Itula sebabnya di antara kita perlu ingat mengingati. . itu penting!..^_^





ApapOn...tepOk dada tanya iman.
Harus k kita meraikan 1 april tu dengan mengatakan ayat APRIL fOOL dengan penuh rasa teruja dan gembira???. . .PERLUKAH??



Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. 

Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar.Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. 

bendera sepanyol


Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam. 

Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.

Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.

Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya." 

Surah Al-Hujurat: 48 

Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.

Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. 



Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.

Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.

Fikirkan dan renung-renungkanlah........



TERIMA KASIH,sudi baca

2 budak baik:

Puteri Bt Ahmad on Tuesday, January 17, 2012 7:02:00 PM said...

a'ah akak pon awal2 cam pelik kenapa nama april. pelik lah. kan org islam. tak paham...

LolipOp cOmel on Tuesday, January 17, 2012 8:58:00 PM said...

paling sha rasa cam segan nak tgk..part ayah april dengan senyum lebar bagitau camne leh dapat nama bunga april...

huhuhu

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan