20120117

# KEMBALILAH nur amalina ku

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 18:11
klik-klik=) 
Kembalilah Nur Amalinaku ...







1. Saat saya fokus dan teruja melihat aksi dan karenah anak - anak saya di hari pertama persekolahan mereka terutama Afif Syaikhani yang baru memasuki darjah 1 di Sek Ren Islam al Irsyad Balok Kuantan dan abangnya Afif Syairazi memasuki Tingkatan 1 di Sek Men Islam Al Ihsan, perasaan ini terganggu dan terusik dengan berita mengenai Nur Amalina bekas pelajar terbaik SPM negara pada tahun 2004.

2. Kenapa tidak, saya besarkan anak - anak saya dengan motivasi yang bersandarkan kejayaan gemilang Nur Amalina. Malah nama dan kejayaan beliau jugalah yang sering saya jadikan contoh dalam ceramah motivasi saya kepada para pelajar sekolah, remaja malah kepada peserta PLKN seketika dulu.

3. Saya masih ingat cerita bersulam kegembiraan di hari Nur Amalina menjadi tumpuan negara, betapa kejayaannya adalah kerana usaha gigih dan beberapa ramuan kejayaan yang saya ratib ke seluruh negara pula seraya memotivasi anak bangsa kita, termasuklah anak - anak saya sendiri.

4. Apabila timbul cerita seperti ini, memang saya sangat terganggu. Perasaan saya berbaur. Sedih, terkilan, dirundung malang dan 1001 rasa termasuklah geram dan kesal membungkam. Tambahan pula anak sulong saya pantas bertanya, Walid ! kenapa Kak Amalina jadi macam itu ?

5. Semalam ibunya tampil membela dan mempertahankan prestasi akademi anaknya Nur Amalina yang difitnah kononnya telah gagal menamatkan pelajaran dan telah pulang senyap - senyap ke tanahair. Namun , apa yang mengganggu fikiran saya bukan kerana prestasi akademinya, tetapi kenapa jadi begitu ? sementara ibunya tanpa silu mengakui bahawa pakaian itu, beliau yang belikan dan itu adalah foto dan aksi peribadi ....

6. Jika ia adalah peribadi, kenapa dipaparkan di mukabuku ? dan kalau peribadi sekalipun aksi sebegitu , kenapa Nur Amalina mesti jadi begitu ? timur kah begitu ? sopan kah aksi itu ? melayu kah penampilan sedemikian ? Islamik kah gitu ?

7. Segala upaya, saya cuba menyangka baik, namun kesempatan ini saya mahu berpesan agar kembalilah Nur Amalina, kepada wajah asalmu saat sejarah dan kegembiraan negara ditempa pada 2004 yang lalu. Kepada ibu dan ayah Nur Amalina, usah patah hati dan kusam dengan perkembangan ini, masih belum terlambat memperbaiki keadaan.

8. Percayalah, kejayaan akademi bukanlah segalanya. Jajaran 'A' dalam setiap subjek yang diambil bukanlah kegembiraan yang kekal untuk di bawa ke akhirat jika hidup bergelumang dosa dengan pelanggaran syariat dan ketetapan aturan hidup oleh Allah swt.

9. Seketika dulu, negara dan dunia dikejutkan dengan aksi Sufiah si genius matematik yang jauh melampaui sempadan hidup insan solehah. Saya percaya Nur Amalina belum pun sampai ke garis sempadan. Pun begitu, jangan menghampirinya kerana kelak mampu menjerumuskan dirimu ke lembah binasa dan murka Allah swt.

10. Allah swt maha pengampun lagi maha menerima taubat selagi hambaNya tidak mensyirikkannya. Kembalilah, dunia pasti akan kembali bangga dengan kehadhiran dan kepulanganmu.








TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan