20120212

MALAYSIA KAYA DENGAN MAKANAN JUGAK

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 06:34
klik-klik=) 
assalamualaikum..



Sehari kita makan 4 kali..ada yang 3 kali..sekali..berkali-kali pun ada juga.Makanan yang kita makan berbeza-beza dan ada juga yang sama jenis.Pada yang berkemampuan tu..tunjuk dan apa yang nak makan..beli dan pilihla apa sahaja yang hendak makan.Bagi mereka yang kurang berkemampuan terpaksa makan satu dua jenis makanan.

ERmm...perasan tak korang kat Malaysia ni banyak kedai makan?...kedai mamak,kedai thai...tu tak termasOk restoran-restoran bertaraf lima bintang.Banyak kan..kadang-kadang sampai tak tahu nak makan yang mana satu.Yela..dah banyak sangat kedai makan.Teringat ketika waktu praktikal.Sha kene pergi majlis daerah di Pahang.Sampai seorang pegawai tu cakap.Orang melayu kalau nak buka kedai.Mesti nak buka kedai makan.Bila dah ramai sangat buka kedai makan.pegawai tu maksOdkan).Memang betul pun apa yang pegawai tu katakan.

TOMYAM MARI

Masuk sahaja jalan nak balik ke rumah, kiri kanan jalan ada kedai makan..jalan ke depan sedikit ada lagi kedai makan.huhu...kedai makan yang ada jual tomyam.Bumbung yang dibina ala thailand memang buar ramai orang tertarik.Lebih-lebih lagi lampu-lampu yang berkelip-kelip.Tempat duduk yang disusun dengan cantik dan teratur.Ada skrin putih...erm..memang suka sangat orang nak datang makan.termasuk diri sha sendiri..hihi

Tomyam memang sedang.Kalau dimakan dengan nasi putih,telur bungkus,sayur kailan ikan masin.ermm..sedap!^_^.Bukan takat tu sahaja menu yang ada.MAcam-macam ada.Tapi masakan goreng-gOreng je  la.Memang sangat puas hati......bila kenyang..haha.


DALAM TV

TengOk 'jalan-jalan cari makan' TV3. Aha,tengok pengacara dia makan nampak macam sedap je..tapi kalau dah nak masuk TV semestinya semua nak nampak sedap,cantik dan menarik.MEDIA MASSA tak banyak kebenarannya.haha..WalaupOn satu scene je pun amek masa nak bagi nampak sempurna.erkk..x sanggup!^_^.

PERSAINGAN

Bila dah banyak sangat kedai makan.MAka adalah persaingannya.Orang tu pasang tv.Dia pun nak pasang tv.Bila kedai sebelah tu ramai yang datang.Mula la..macam-macam hal yang timbul.YA..memang kedai makan ni banyak untung.Memang banyak sangat sebab hari-hari memang kita kene makan.KIta sebagai pelanggan ni mestila ada rasa nak pergi kedai makan yang best dan menarik.Paling tidak pun kalau kedai tu ramai pelanggan,kita dah terdetik dalam hati.Sedap masakan kedai ni.

KEDAI MAMAK

Golll!!. . .bola saja yang kedai mamak ni nak pasang.Jarang nak pasang citer lain kat TV.Seronoknya kedai mamak ni sebab roti dengan minuman.Kalau kita order milo ais kat kedai mamak.memang KAWWW...kalau kedai melayu...erm..jarang yang dapat rasa kaw.tepuk dada tanya selera.

NAk disenaraikan kedai makan memang tak lalu sha nak taip..hehe..Korang try la cari sendiri kat gOOgle..ni saje nak kOngsi pendapat.Sebab kat Afrika dan negara luar sana ramai yang kebuluran.Kita kat MAlaysia ni alhamdulillah.MAsih ada rezeki untuk makan.Itu pun ada yang makan tak habis.Sayang kalau membazir makan ni.

"maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan"
-Al Rahman-quran








TERIMA KASIH,sudi baca

2 budak baik:

..cik hana.. on Sunday, February 12, 2012 7:34:00 AM said...

hana suka lepak kat mamak jer..simple dan x menyakitkan hati..kedai melayu kengkadang macam x mesra pelanggan jer :)

lolipop comel on Sunday, February 12, 2012 6:31:00 PM said...

mamak best kalau ada wifi..hihi
memang camtu kalau kedai melayu..tapi tak ramai yang mesra pelangggan kan..^_^

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan