20120208

sumpahan kum-kum menarik tapi...

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 03:48
klik-klik=) 
assalamualaikum..

3 hari 2 malam..sha terpaksa cuba melupakan cerita tu..waaa..seram..sebab muzik dia cam citer dlm cONGKAK..dahla wajah nye di make up sangat hodoh..erkkk! tak lalu nak tengOk.

Haha..dalam wayang memang 2 tapak tangan sha yang menutup muka.AHa..eh..bukan sha sOrang je dalm panggung tu camtu..ahaha..ada 2 3 orang minah kat site belakang lebey kurang sama mcam sha jgk..hehhe..ada geng.

Orait. . .meh sha nak kongsi jalan cerita dia camne..part yang mula citer ni memang dah tunjuk keseraman dia ..erggh. . .bOleh plak adik si (sapela nama  lupa la) herO ni nak buang air kecik.Okey..memang dalam tOilet tu ada suara halus sebut kum-kum..tapi padahal pompuan yang nama Mila tu x mati lagi pOn.KOMPIUZ!..atta cerita...apala..

Then..tak tau apa mOtif nenek ni nak benci cucu dia.Mungkin sebab x mO sayang takOt nanti dia atau cucu dia terasa hati.Yela..si Mila tu dah bsumpah nak hapuskan semua keturunan anak dara nenek ni.Kang kalO cucu dia mati mestila dia frust an..So..dia terpaksala wat ada perasaan tak suka kat cucu dia.

Okey-okey..ni satu lagi bini herO ni, boleh plak buat x kisah pasal anak dia ada kawan khayalan.Dan tak sangka bini hero ni pOn pakai susuk gak macam Mila,,huhuhu.
Dia boleh men bagi je anak dia soh bawa kawan yang dia tak kenal masok umah masa waktu malam.Apa la..hehe..

Erm.,kOrang pakat-pakat la tengOk ramai-ramai pada yang tak berani nak tgk tu...macam sha..memang tak berani tengok sesOrang..

Maaf la tak dapat nak upload pOster sumpahan kum-kum,ererhh..ngeri...!

tgOk gamabar ni je la ea..hehe





Sinopsis Filem Sumpahan Kum Kum 


Sumpahan Kum Kum mengisahkan Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.


Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.


Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.


Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

Read more: filem sumpahan kumkum sumpahan kum-kum taruhan bOb


TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan