20120307

Takde rugi buat baik kat orang, kalau dia balas jahat itu hal dia. Apa yg kita dah buat utk dia Allah maha tahu,InshaAllah rewardnya ada. - DENA BAHRIN

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 07:16
klik-klik=) 
assalamualaikum...



we learnt from mistakes.!
faham maksud tajuk entry ni?;).Andai korang faham.Alhamdulillah.Sebagai manusia biasa, memang tidak lari mempunyai sifat-sifat yang boleh membangkitkan kemarahan.Tetapi kita telah diberikan akal dan juga fikiran.Fikir panjang sikitt...Oleh itu, sabar dan ingat pada ALLAH s.w.t.

Perlukah kita ego?.Rasanya tidak perlu kerana kita yang akan rugi kelak.Orang yang ego seperti tidak tahu menggunakan akal yang dia miliki.Ego itu sikap positif atau negatif?kOrang sendiri boleh tahukan.;).Mengalahlah selagi kita boleh mengalah.InsyaALLAH..hati akan menjadi tenang dan berasa lapang di dada.




Tak perlu nak merasa rendah diri terhadap dia yang balas jahat kat awak.Tak perlu.Yang amat perlu adalah jaga hubungan awak dengan ALLAH s.w.t selepas awak sudah melepaskan tanggungjawab awak sebagai seorang hamba ALLAH.

past is past

Sha dah lama perhatikan situasi yang bila masing-masing tau nak bergado sahaja.Apa yang akan dapat?.Lepas tu dia pandai berkata-kata sedangkan nabi ampunkan umatnya.Tapi orang yang cakap tu buat perkara sebaliknya.hehe.Sudah-sudahla,hidup kat dunia ni tak lama.ya..memangla ada penyakit sakit hati.Tapi tidak boleh ke kita sesama muslim gunakan akal tu.ingatan untuk diri sha sendiri jugak.



Lagi sukar bila ada yang jadi penambahkan bara api.MasyaALLAH..tak takut ke dengan balasan daripada ALLAH?.Lebih dasyat lagi apabila membirkan kawannya dalam keadaan yang tidak patut.ALhamdulillah,syukur sha dikurniakan sahabat yang sangat baik dan juga penyanyang kerana menegur kesilapan serta memperbetulkan kesalahan sha daripada mempunyai kawan yang terus membiarkan sha membuat salah.Itulah sebabnya awak kene pandai memilih sahabat atau kawan.=)



Biarkanlah dia, terpulang pada dia.Awak..yakinlah dengan janji ALLAH. ^_^.



Sha berdoa agar mereka ini dibukakan hati serta sedar akan apa yang telah mereka lakukan.Mari kawan-kawan,sama-samalah kita berdoa semoga semua umat islam dapat bersatu padu serta mengeratkan lagi ikatan ukhwah..ameen.


ada bezanya "orang yang pandai cakap dengan orang yang cakap pandai"-selipar hijau

TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan