20120412

APABILA LAUT MENJADI MERAH!

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 19:09
klik-klik=) 





Boo hoo hoo.....there goes my       crabs, prawns,....Now back to chicken only.
To       all you seafood lovers BEWARE! Jabatan Perikanan Sabah       memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tiede di perairan laut Pulau Gaya,       Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti       berhampiran.


Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan       palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat semantara       waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan       tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak.      


Red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ini berpunca daripada       kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton       dinoflagellate di dalam air laut.  Orang ramai juga perlu       berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini       kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar.

Kajian yang       dijalankan mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram       dan lain-lain makanan siput laut meningkat.  "Kandungan toksin ini       boleh menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit       dan muntah yang membahayakan kepada kesihatan., Kesan awal akibat memakan       makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan       sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan       itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan       berhampiran.

Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut       satu sel yang sangat halus. Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis       hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun terdapat       beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh       mendatangkan keracunan.

Perubahan cuaca, pertukaran arus,       peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan       peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB)       atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin       berlaku.
Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien       dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan       phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi       10,000 sel setiap liter air laut. Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air       laut bertukar warna menjadi merah-coklat.

TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan