20120430

BAWAL 3 TONE CANTIK

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 04:29
klik-klik=) 
Salam.

bawal 3 tone(:


Tudung bawal tetap menjadi pilihan sha daripada tudung yang ready made dengan selendang.Zaman sha sekolah dulu,mampu beli tudung jenis yang keras-keras je kain dia.haha.Masa tu,ada macam-macam pattern kat tepi tudung bawal tu.Seingat Sha ,tudung bawal yang sha pernah beli jenis kain dia boleh tahan lembut RM28.00.Tapi tak ada lah nak beli tudung bawal yang harganya cecah RM80.00.Erk!.Kalau nak pakai dan sudah berkenan.Beli sehelai apa salahnya.hihi.Kalau mampu beli tak apalah.Itu rezeki masing-masing.

bolehlah..walaupun tak dapat beli tudung warna tone hijau yang dah SOLD OUT!

Sekarang ni tudung 3 tone dah semakin ramai yang suka pakai.Sabtu lepas,sha pergi ke Majlis kahwin.Boleh dikatakan ramai jugak yang pakai tudung bawal 2,3 tone.Pengantin pun turut sama pakai.;)Sha ingat dulu masa hari guru,Sha telah menghadiahkan sehelai tudung 2 tone untuk cikgu.Sempena hari guru kan.Berilah hadiah sebagai penghargaan dan juga suka-suka.=).Tapi kain tudung bawal yang sha bagi tu jenis yang macam komot-komot kain dia.


BELI TUDUNG KAT INTERNET

Zaman sekarang ni pun kalau dah berkenan dengan tudung yang dijual kat internet pun dah boleh beli.KAdang-kadang susah nak dapat tudung yang sesuai dengan warna baju yang nak dipakai.Ini pun,sha beli tudung sehelai je yang sha dapat.Yang sha nak tu dah habis stock.sedih lah jugak.Beria-ia bank in duit cepat-cepat.Hahaha.LAgi sehelai dapatlah pilihan yang kedua.Itu pun warna purple yang sha dah ada beli kat UPTOWN!.Dekat up town memang la murah.Tapi jenis design warna dia tak cantik menarik macam yang sha beli ni.Rasanya padan kot dengan harga dia?.Agaknya lah.Walaupun jenis kain lebih kurang sama(ia ke?entah,sha rasa macam sama je jenis kain dia.haha). 

thanks QOMA butik



Boleh tahanlah warna dia,kiranya boleh masuklah 2-3 warna baju yang berbeza untuk dipakaikan.Sha pun nak berkongsi pengalaman beli-beli barang kat internet.Seronoknya bila kita terima bungkusan yang cantik dibalut oleh pengirim daripada abang posmen(thanks ea abang pOsmen).Pastu,kita dapat free barang yang diberi oleh pengirim.Tak kisahlah apa.Selepas tu,kita tak payah nak pergi dan balik untuk dapatkan barang yang sememangnya kita nak dan susah nak dapat.Itu sepanjang pengalaman sha la beli barang kat internet.Tapi kan,sebelum korang nak beli barang kat internet.Pastikan korang dah fikir masak-masak.samaada betul-betul nak beli atau tidak.Tak ada lah menyusahkan diri sendiri dan si penjual tu.Paling penting sekali bila nak bank in duit.Pastikan no akaun betul! (:




*nak jenguk-jenguk booth Datin Norjuma punya kat THE CURVE!!..^_^...

TERIMA KASIH,sudi baca

1 budak baik:

Eyesha Zaidin on Wednesday, May 02, 2012 7:46:00 PM said...

testing

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan