20120417

BUNGA ROS PUN ADA MAKSUD SENDIRI EA

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 20:26
klik-klik=) 

Salam..

Suka bagi bunga?tapi tak tahu nak bagi warna apa?untuk memaksudkan apa yang dimaksudkan?(entah apa la yang sha nak terangkan ni)layannn..






MERAH
Warna yang paling laku kat kedai bunga, ros merah melambangkan cinta abadi yang penuh romantis dan ghairah. Love is forever gitu. Tapi tahukah korang bunga ros merah juga melambangkan tanda terbukti keberanian dan sebagai tanda mengucapkan tahniah. Korang boleh gunakan bunga ros merah ni untuk membuatkan malam korang lebih hangat dan bernafsu~~~


PUTIH
Bunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan jugak tak bersalah.Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. Kalau nak beri aku bunga, sila beri bunga ni yek.



PINK
Bunga ros pink melambangkan korang gay. Tipu je. Ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang. Kalau korang minat pada seseorang, korang boleh gunakan ros pink ni sebagai tanda yang korang ni merupakan secret admirer si dia. Kalau korang nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat, ros pink ini juga pilihan yang tepat kerana melambangkan penghargaan dan terima kasih. Tapi bagi lelaki kalau nampak ada lelaki selit bunga ros pink kat poket baju dia, jauhlah dia yek. 


KUNING
Ros kuning boleh jadi ros paling dibenci kerana ianya melambangkan persahabatan. Jadi, kalau tak dapat ros merah, tapi dapat ros kuning, faham-fahamlah yek. Tabahkanlah hati tu, lepas tu korang balas kat si pemberi bunga ros kuning ni dengan bunga ros hitam, mesti dia gelabah. Sebab apa? Sila baca kat bawah. Selain tu, ros kuning ni melambangkan selamat datang/ welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru bergelar ibu dan juga mereka yang bergraduasi. 



PEACH
Ros berwarna peach membawa maksud yang hampir sama dengan ros pink, iaitu melambangkan rasa syukur. Ia juga sesuai untuk diberi ketika menziarahi orang yang sakit sebagai tanda korang simpati terhadap dia. Tapi tak bagi kat orang sakit pun tak apa, bagi kat kawan-kawan korang yang tengah bersedih. Tunjukkan sikit rasa simpati tu.


ORANGE/JINGGA
Bak kata budak tadika, bunga yos oyen. Bunga yos oyen ni membawa maksud "aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Bunga ros yang membawa rasa kebanggaan dan bertenaga~~~

LAVENDER/UNGU
Selain warna merah, korang jugak boleh gunakan warna ungu ni sebagai tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama.Ia membawa lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati yang nak tersembul keluar umpama pusat terjojol akibat dek tah tahan menanggung cinta.

BIRU&HITAM
Pernah nampak bunga ros warna ni? Hanya aku sorang je yang ada.Selepas aku celup dengan pen dakwat biru dan hitam. Sebenarnya, secara realitinya bunga ni tak wujud. Tapi sebab dengan adanya teknologi komputer, diorang edit warna jadi warna ni. Warna hitam melambangkan kematian, kesedihan, dan selamat tinggal. Warna hitam jugak menunjukkan permulaan baru dalam hidup.Warna ros biru pulak melambangkan sesuatu yang tak tercapai atau mustahil. Jadi sila beri gambar bunga ros biru kepada orang yang tergila-gila pada korang tapi korang benci nak mamfus kat dia


p/s: Bila sha terima bunga hidup..hati suka tapi sedih sebabnya.bunga hidup tu sekejap je segar..sha mana reti nak jaga dia jadi segar lama2..layuuu...sayangnya.....


TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan