20120421

Part 2-AWAK SAYANG SAYA?

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 22:20
klik-klik=) 
"Tahniah cik Maira,awak telah kami lantik sebagai pelukis pelan di syarikat kami".Maira bagaikan tidak percaya.Impian nya sebagai seorang pelukis di sebuah syarikat swasta yang punya ada nama telah dicapai.Maira merasa gembira dengan perlantikan tersebut.Lantas dia menelefon sahabat baiknya.Sedang Maira menekan nombor telefon aqisha.Dia terlanggar dengan seorang pemuda yang mirip Haziq,bekas kekasih hatinya ketika di universiti.


Ya,dia sangat kenal dengan wajah itu.Masih lagi teringat akan gaya Haziq.
"Maafkan saya cik..."Haziq membantu Maira mengambil fail resume yang jatuh ke lantai.Maira termangu sebentar kerana difikirannya teringat akan Haziq.
"cik...eh Maira Saffiya?"Maira cepat-cepat berlalu pergi.Jika benar itu Haziq.Dia memang tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu.Mana tidaknya, lelaki itulah yang memainkan perasaannya dahulu.Ditinggalkan tanpa berita.Tanpa punya perasaan.


"Wah!tak sangka aku Maira,berjaya jugak engkau dapat kerja kat situ"Kata Aqisha.
"ya..aku pun rasa macam tak percaya je tau,Okeyla..tunggu aku balik rumah nanti.Erm..kau belanja aku makan ok"Maira ketawa.Meminta Aqisha belanja dirinya makan.
"Eh,apasal aku pula nak belanja kau.Sepatutnya,engkaula yang belanja aku makan..Kau yang dapat kerja.haha".


Malam itu, Aqisha dan Maira telah keluar makan sambil bercertita tentang topik-topik hangat yang biasa mereka kongsikan bersama.Sudah menjadi lumrah apabila perempuan bertemu sudah tentunya ada sahaja cerita dikongsikan."Bukan kau tak tahu yang Haziq tu dah balik ke Malaysia?"soal Aqisha.
"Aku tak tahu pun"Maira merenung jauh.Tiada selera dia untuk menjamah grilled chicken yang dipesan sebentar tadi.
"Ala ..kau ni,aku baru cakap sikit pasal Haziq..terus tak ada selera.Apa ada pada Haziq tu?"Maira tersentap dengan kata-kata Aqisha.Dia sendiri tidak pasti.Adakah dia mempunyai perasaan sayang lagi pada Haziq.
"tiga tahun..aku selalu dengan dia.Dengan keluarga dia pun aku dah kenal.."jawab Maira.
"Kau cakap la berapa tahun pun..kalau orang dah tak nak kat kita ni..bila-bila masa je dia nak tinggalkan.Sudahlah,tak payah kau nak fikir lagi pasal Haziq tu.Entah-entah dia dah kahwin.Mana kita tau kan?"Mata Maira tepat memandang ke Aqisha.
"Eh,aku cuma cakap aje la.Ke engkau ni masih lagi sayang kat Haziq tu?".Aqisha mengusik Maira.Jelas terpancar sedikit perasaan malu-malu kucing pada wajah Maira apabila diusik oleh Aqisha.


Hari pertama di pejabat, Maira sibuk mengemas dan susun atur segala barang yang diperlukan di atas meja.Sesi memperkenalkan diri juga telah selesai.Maira duduk berehat setelah habis mengemas.Datang pula seorang kawan sepejabatnya,Hani.Terdapat sejambak bunga ros kuning."Awak Maira Saffiya kan?" soal Hani sambil tersenyum.
"Ya..saya.bunga ni?.."Belum sempat Maira bertanya.Hani cepat-cepat berlalu pergi.Hani telah berjanji dan ingat pesan daripada Haziq.Selepas menyerahkan sejambak bunga,Hani perlu berlalu pergi tanpa banyak soal dan juga apa-apa jawapan.Maira bingkas bangun memanggil-manggil Hani tetapi Hani tidak menoleh kebelakang.Hani terus pergi.


Hei,apa ni baru masuk kerja dah dapat sejambak bunga.Warna kuning pula tu.Aku mana tau apa maksud ros ada warna kuning ni?.Haha..Maira ketawa kecil.Walaupun dalam hatinya merasa suka tetapi risau didalam hati tetap ada.Risau kerana takut pula orang gila yang memberi sejambak bunga.Jika orang gila mana mungkin Hani boleh membantu menyerahkan sejambak bunga ini pada dirinya.Hani, seorang wanita cantik.Manis bertudung penuh dengan gaya.Tak mungkin nak melayan kehendak orang gila.


Waktu Rehat, Maira tiada lagi kawan untuk keluar makan.Kerana di dalam pejabatnya hanya ada beberapa orang pekerja sahaja.Yang lainnya, masih mempunyai kerja di luar.Pekerja yang ada pun, akan balik ke rumah untuk makan.Memandangkan rumah mereka tidak jauh dari pejabat.Itu untungnya orang kerja dekat.Bila-bila masa boleh balik rumah sekejap.Bos pula jenis tak kisah.Alahai..bertuahnyala.Maira mengomel sambil turun ke bawah untuk makan.Di tingkat bawah terdapat sederet kedai makan.Pilih saja mana yang berkenan.Asalkan ada duit dalam poket.


Uishh..kedai makan kat sini macam bistro.Hari-hari makan kat sini memang kopakla duit aku.Tak apalah.Hari pertama kau bekerja kat sini Maira.Kau cuba la merasa makan kat mana-mana kedai yang menarik.Maira telah memilih di kedai makan masakan kampung.Rehat seorang.Erm..memang membosankan.Selesai mengambil lauk yang dipilih.Maira duduk di sudut tepi kedai.Baru sahaja Maira hendap menyuapkan nasi ke dalam mulut.Seorang lelaki datang menghampiri meja makan Maira.


"Assalamualaikum..."Haziq memberi salam.Maira mendongakkan sedikit kepala.Ya Allah..bagaikan luruh jantung Maira melihat Haziq berada betul disisinya.Hendak bangun,dia merasa malu kerana dia telah pun menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Anak dara tak baik tukar tempat kalau dah makan kat satu tempat.Dia teringat pesan arwah neneknya.Maira terdiam sekejap.Dia bergaya selamber.Terus menguyah dan makan tanpa mempedulikan Haziq berdiri disisinya."cik Maira Saffiya..awak taknak bagi saya duduk ke?"soal Haziq sambil tersenyum mengerutkan dahinya.Maira memberanikan diri untuk menjawab."Kalau muka awak tak malu,awak duduklah"
"Aha,kalau saya malau..tak dapatlah saya nak berkenalan lebih rapat dengan cik Maira Saffiya kita ni".Urghh..mengarutlah kau ni Haziq.macam kau tak kenal aku.geram.geram.geram.Dalan hati Maira bersuara.Maira tetap berkeras hati dan terus tidak mempedulikan Haziq yang duduk dihadapannya.
"Maira, macammana keadaan di pejabat awak?.Seronok tak?"
"tak tahu"
"Maira...kalau ada pa-apa yang tak kene di pejabat.Awak call saya ye"
"entah".Jawab Maira seperti acuh tak acuh.
Melihat sahaja keadaan Maira yang seperti malu-malu.Fahamlah Haziq, bahawa bekas kekasihnya tidak mahu diganggu ketika sedang makan.Mungkin Maira merasa tidak selesa.


Petang itu, pulang dari kerja.Maira mengajak Qisha bersenam di taman kawasan perumahan rumah mereka.Cantik pemandangan disekitar taman.Ada tasik, landskap yang teratur, ada wakaf yang bersih di jaga.Maira berlari kecil ke wakaf tesebut.Cantik..Dia suka melihat cara pemasangan wakaf.Teringat ketika zaman belajar dahulu.Pensyarah selalu memberi nasihat.Jika mahu faham sesuatu binaan.Tengok pada pemasangannya dan juga bahan material yang digunakan.


"Maira..aku rasakan kau ada jodohla dengan Haziq"
"pandai-pandai je kau ni, aku tak inginla dengan dia tu"balas Maira.
"Kau jangn cakap macamtu Maira,tak ingin tu la yang kau akan dapat nanti"
"erm..insyaALLAH..kau tengok je la nanti"jawab Maira sambil meregangkan otot.
"memang aku nak tengok sangat siapa yang jadi laki kau nanti.Samaada haziq,faizal atau pun...."Aqisha menjeling-jeling pada Maira.Maira berpaling terus pada Aqisha.Dipegang tangan Aqisha dengan kuat.
"siapa?..siapa?.."soal Maira sambil tersengih-sengih."Kau ni kan ada-ada je nak petik nama-nama budak laki ntah aku kenal ke tak"
"eleh maira, kau tu dari zaman sekolah ramai je budak laki berkenan kat kau sampai la sekarng.tapi kau tu je wat-wat tak tahu.Jual mahal konon.Tengok macam aku ni.Dah nak kahwin tau"
"ada aku kisah?haha"mereka berdua ketawa bersama.Tidak ambil hati dengan kata-kata Aqisha.Malahan Maira sangat suka dengan kata-kata itu walupun hatinya cepat tersentuh.Dia 
sudah belajar untuk tidak menjadi seorang yang sensitif ketika di sekolah.


Ruang tamu yang kelihatan kosong disudut rumah.Maira menghiasnya dengan pasu bunga yang tinggi. Cantik disusun mengikut ketinggian pasu bunga.Telefon bimbit Maira berbunyi.Pelik,kerana malam-malam begini jarang sekali dia terima pangggilan .melainkan panggilan telefon dari kampung oleh keluarganya.
"hello".Maira tidak memberi salam kerana ayahnya telah berpesan jika kita tidak kenal orang yang menelefon kita .Memadai kita menjawab hello.Melainkan kita yakin panggilan itu daripada orang islam.
"hello..assalamualaikum..Maira Saffiya"
"waalaikumsalam,siapa yang bercakap?"Maira bersuara.
"haziq"Owh..Haziq lagi..apa dia nak daripada aku.
"mana awak dapat nombor telefon saya?,kenapa awak call saya?"
"








TERIMA KASIH,sudi baca

3 budak baik:

Boo on Friday, July 27, 2012 10:14:00 PM said...

sha, akak suka baca ni.. sambunglah cepat cerita ni lagi... hehehe

Eyesha Zaidin on Saturday, July 28, 2012 3:24:00 AM said...

otq..^__^..takat ni sha punya laptop rosak..insyaALLAH..sha akan sambung citer ni..sabar ea k.Shiela...
thanks again sudi baca.hihi

Boo on Saturday, July 28, 2012 5:04:00 AM said...

sama2 sha...
eee bestnya.. akak pun dah lama tak buat cerpen pendek. hehehe
dulu rajin lah buat...
ada kat post2 lama akak...
nak cari susah sikit, mls nak letak label kat luar. hahha
Tak sabar nak baca sambungannya...

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan