20120412

siapa VENUS PALERMO ?

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 20:07
klik-klik=) 
salam..




Anda kenal kah?..VENUS PALERMO....gadis anak patung.


myMETRO

LONDON: Sambil bergaya di hadapan kamera komputer, dengan bibir seperti kudup mawar dan kulit wajah yang licin, Venus Palermo bercerita di hadapan berjuta peminatnya.
Venus bukanlah bintang pop atau model. Dia yang berusia 15 tahun, berasal dari London dan berpakaian seperti patung.

Mekap dan bedak berwarna putih menjadikan warna kulitnya seperti porselin dan matanya kelihatan seperti anak patung kerana dia memakai kanta lekap berbintik berwarna coklat dan bulu mata palsu.
Dia memilih warna pastel untuk pakaiannya dan sering dilihat mengenakan gaun yang biasanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan.

Penampilannya menjadikan remaja Britain itu terkenal di internet. Lebih 30,000 orang melanggan saluran Youtube rasminya, ditambah lagi 20,000 pengikut di laman sosial Twitter dan Facebook.

Dia mempunyai 85 video tutorial di laman Youtube, VenusAngelic, dan ditonton 10 juta kali. Satu videonya mengajar sesiapa yang mahu kelihatan seperti patung, ditonton 1.6 juta kali. - Agensi


macam patung betul

Yang ni la antara aktiviti gadis-gadis remaja sekarang. Pose depan webcam,kamera..segala macam kamera.Ada aje kreatifnya.

Selepas ini,mungkin ada sesiapa yang nak ikut?


Tak payahla nak ikut. Kalau suka-suka untuk sendiri tak pe agaknya?.Tapi kalau untuk nak bagi semua Orang tengOk.Sha rasa tak Ok.sebab AURAT kita MARUAH kita.




TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan