20120421

TAMAN BOTANI MALAYSIA

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 23:35
klik-klik=) 
salam


tak lalu nak watermark satu2,Sha sedekahkan kepada sesiapa yang nak copy GAMBAR NI JE OK!=)


Hari minggu kadang-kadang tak tahu nak kemana.Asyik pergi 'window shopping' je.Bosan jugak.Erm,terasa jugak la nak wat aktiviti 'outdoor'.Taman-taman area kepong,kuala lumpur dah pergi.Apa lagi tempat menarik yang sha belum pergi.Teringat semasa kecil mak ayah bawa pergi ke Bukit Cherakah.Itu nama dulu,sekarang ni tak tau pula ia bertukar-tukar nama .Taman Pertanian Malaysia, memang sha tak tau langsung dia dah tukar nama tu kepada Taman Botani.Kalau anda tahu jalan ke plaza sentral.Dah senanglah tu nak menuju ke taman botani.Sha ni pun mencari jugak masa nak datng ke sini.Itu pun masa dah jumpa tempat ni.Dah tak boleh masuk sebab sudah pukul 5 petang.
tempat parking bas sekolah.

Bila kawan-kawan dan orang lain bercakap tentang Taman Botani, seperti menarik tempat itu.Tak sangka pula,tempat itu adalah taman rekreasi yang sha pernah pergi semasa kecil.Wah! lama jugak tak menjejakkan kaki ke sana.Selepas berkahwin baru dapat pergi ke sana.Begitu juga dengan husband.Sudah lama jugak merancang nak berjalan dan ber'jogging' ke sana.Tapi tak tau jalan.Cari kat google macam-macam nama keluar.Tanya kawan-kawan,ramai yang tak pasti.Alhamdulillah.Akhirnya,dapat juga sampai ke sana.

Kalau nak ke sana,biar la bergerak pada waktu pagi.Taman Botani ni buka pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.Sha gerak dalam pukul 9.45 pagi sampai sana dalam pukul 10 pagi.Memang tak tau pun, dia ada kaunter bayar utk masuk.hehe.Ialah, Sha ingatkan dia macam taman layang-layang kat Kepong tu.Masuk aje,nak main apa-apa kene bayar.Rupanya tidak!.


kaunter masuk

Nak tau apa perkara pertama sha dan husband tanya kat pak guard tu?."Abang,nak sewa basikal kat mana?'. .hehe.Itu la yang ingatnya.Dah lama tak berbasikal.Untuk tiket masuk.Seorang RM3.00.Kalau nak masuk ke rumah 4 musim RM3.00 jugak seorang.Memang padanla dengan harga tiket kita beli tu tau.Nak naik bas dia yang kat dalam tu tak kenekan caj pun.


temapt sewa basikal


Kalau pergi ke Taman Botani ni,silalah rajin-rajin kan diri anda untuk menyewa basikal.Sebab tanah Taman Botani ni 815 ekar luasnya.Nak naik bas pun boleh,tapi tak puas lah nak menikmati keindahan alam yang menghijau.Nyaman memang sangat nyaman.=)
ini lah basnya!

kalau mula dari kiri.jumpa jalan ni kiri jalan mati.kanan pun sama.tapi kanan ada taman kaktus.


jalan dia berbukit-bukit..abang depan tu basikal best.memang rilekla
dia kayuh.tinggal sha kat belakang.haha


Nak basikal cantik sewanya RM10 untuk satu jam.Bagi basikal biasa pula RM5/sejam.Tambahn RM1 untuk satu jam yang berikutnya.HA,kalau dah tulis nama untuk sewa basikal jangan pergi kemana.Duduk situ,tunggu sehingga nama anda dipanggil sebabnya orang tak tentu nak pulangkan basikal.Nanti anda pula yang susah sebab turn untuk ada telah diambil oleh orang lain.


pilih pilih mana yang berkenan


Bila dah dapat basikal tu.Laju sakan menganyuh,dah lepas dua tiga bukit.Tak larat nak mengayuh.En.suami rileks je mengayuh 'slow-slow'..hehe.Bukit dia memang tinggi-tinggi.Nak mulaka perjalanan anda pastikan pergi ke kanan dahulu.Sebab belah kiri...huhhu..extreme ma..Sha ke kiri masa ni.Memang lenguh!Kat belah kiri kebanyakkannya perjalanan jauh jugakla.Ke kanan pun sama.Tapi ikut kehendak kOrangla.eh sekejap korang sekejap anda..mana satu enath.hehe.sori!.enjoy tengok gambar-gambar kat bawah ni ea.penat pula nak berceloteh. (sila klik pada gambar kalau nak nampak lebih jelas.tq):-



nak naik bas pun boleh.=)
kat siti tempat yang menggayatkan!!

hujan masa tu,jadi makan maggi sahaja.

hujan dah berhenti sambung kayuh basikal pula

agaknya kalau sha masa jadi budak sekolah.camni agaknya kan.hehe

jalan nak ke rumah empat musim,

ni jadul rumah 4 musim.sesipa nk musim salji.pergi bulan november ea.
Rumah 4 musim ni kecil je.tak besar mana pun,Sha hairan lah,kenapa masa sha kecil dulu.Terasa seperti rumah ni macam besar?atau sha dulu badan kecil yela budak lagikan itu yang rasa rumah 4  musim ni besar.Kelakar masa ni,dengan sejuk dalam ni nya,Pastu encik suami boleh 'think' yang rumah empat musim ni panjang dan besar.sudahlah setiap ruang hanya boleh masuk 10-20 orang sahaja.Mula-mula kami masuk tak ramai tau.pastu datang pulak sati rombongan budak sekolah yang tadi tu..JAdi tak puas sangat.
ni laluan dia

ni keadaan dalam rumah  musim.masa ni musim bunga.

tempat sha jatuh terduduk masa nak ambil basikal!haha
agaknya terkenang lagi tempat ni...



kepadatan ruang untuk yang nak masuk
                                                     
selepas keluar daripada rumah 4 musim!
sejukkan!


tempat main paint ball....sebelum ke rumah 4 musim.

Singgah sekejap kat sini.encik suami nak 'survey' tempat.Macam menarik tapi en.suami cakap kalai kene paintball tu jangan menangis.haha.

muka penat nek tangga??seram nek tangga dia.


Okey..itu sahaja yang dapat sha kongsikan..ada masa dan peluang meh la datang ke TAMAN BOTANI MALAYSIA...^_^















TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan