20120515

KALAU SEMUA HARI DAPAT HADIAH

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 20:20
klik-klik=) 
Assalamualaikum...

selamat hari guru!



Memang bahagia dan seronok!.Setiap hari yang istimewa ,setiap kali itulah dapat hadiah.Kene pulak jadi ummi,cikgu,setiusaha,hari jadi dll..Wah!.Boleh sediakan satu almari untuk koleksi hadiah yang dapat.=).Teringat semasa zaman sekolah sibuk nak beli hadiah untuk cikgu-cikgu.Cikgu yang garang-garang kuranglah sikit dapat hadiah.Cikgu yang baik dan 'sporting' tak cukup tangan nak terima.Tapi sha lain,perkara penting sha akan berikan hadiah untuk cikgu yang telah beri tunjuk ajar adalah ucapan "TERIMA KASIH CIKGU!" Walaupun ungkapan itu terlalu ringkas itu merupakan satu ungkapan yang penuh bermakna daripada sha untuk cikgu yang terima.hihi.Hadiah??.itulah hadiahnya selain hadiah yang berbalut atau bunga.

Sha akan siapkan beberapa hadiah yang telah balut . Yang mana sha tengok cikgu yang tak dapat hadiah atau sikit hadiah yang dia dapat dari anak muridnya. Sha akan bagi.Kasi senyum sikit kat bibir cikgu tu!.^_^. Haha..boleh pulak macam tu.Eish! boleh je.Janji dalam hati ikhlas nak bagi.Kan cikgu tu happy dans eronok.Ialah,member sebelah cikgu dapat banyak hadiah sampai tak cukup tangan nak kaut tau!. Ala macam korang tak pernah tengok cikgu "fav' dapat hadiah banyak. Macam rertis pulak!.haha.

Menjadi seorang cikgu bukan mudah. Anak orang perangai lain-lain. Cikgu banyak berkomunikasi dengan anak murid. Oleh itu,tidak hairanlah jika seorang cikgu itu petah berkata-kata.Dapat pula dia pandai pusing cakap-cakap.psst..kita kasi pusing balikla.hihi. Sha menghargai setiap cikgu yang mengajar sha dalam kelas.Tak kisahlah cikgu tu garang atau tak garang. Dulu-dulu masa berkain biru pekat/cair,kain hijau, kasut putih/hitam rajin bantu cikgu angkatkan buku-buku ke bilik guru. Tak disuruh pun memang sha perlu tolong angkatkan. Menggalas tanggungjawab di dalam kelas memang membuatkan sha pandai berdikari, mendisiplinkan diri dan belajar cara berkomunikasi.

Bila tiba hari guru, memang riuh rendah rumah sha bungkus-bungkus hadiah untuk cikgu.sehingalah adik yang bongsu sha yang sangat rajin dan kreatif buatkan kad hari guru untuk cikgu dia.Wah! rajinnya. Lepas tu, dia dah pandai beli hadiah untuk cikgu dia guna duit dia.Bila ditanya "beli kat mana hadiah cikgu ni?" -- "kat cikgu" jawab dia. lalu ada yang berkata "beli kat cikgu?,cikgu jual esoknya anak muri bagi cikgu. Cikgu simpan tahun depan jual balik" gurau senda. ;).Wah! banyak untung kalau jual macam-macam masa hari guru.Sesiapa yang pandai buat bisness, terutama sekali untuk cikgu-cikgu.Beli barang borong selepas itu jual. Ha,macammana dengan idea ni?. agaknya dah ramai gunakan idea ni.

Hari guru banyaklah acara yang diadakan.Sha akan turut serta kalau ada persembahan.Sha suka dengan mendeklemasikan puisi.Memang suka sangat!.(Thanks untuk cik su,guru tuisyen sha yang banyak beri tunjuk ajar!sayang cik su banyak-banyak). Paling sha suka bila agu GURU MALAYSIA dimainkan untuk semua cikgu menyanyi.Lagu tu best!

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita 

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Sumber : lirik kami




Guru bukan untuk yang bergelar cikgu di sekolah sahaja.Cikgu tuisyen pun, boleh digelar cikgu juga.Ustaz dan ustazah yang tidak telah banyak menyebarkan agama ALLAH S.W.T. Macam artis-artis AF ni.Mereka pun ada cikgu jugak.Ilmu itu seluas lautan. Kautlah sebanyak mana yang mampu kita kaut.


p/s : SELAMAT HARI GURU untuk semua guru-guru sha dari tadika hingga ke IPTA termasuk cikgu tuisyen dan yang bergelar guru! ^_^  


-->selamat hari guru en.husband!(mengajar sha math,fizik,english,)=)..."terima kasih cikgu!"




-Guru inovatif melonjakkan transformasi pendidikan negara-

TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan