20120530

KENAPA RAMAI YANG UCAPKAN RIP???

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 19:57
klik-klik=) 
Assalamualaikum...

Kenapa ramai yang beragama islam menyebut RIP kepada yg telah pergi (bukan beragama islam)????





Apa tu RIP?

RIP ni “rest in peace”. Biasa RIP ni ada kat kubur penganot Katolik. Ia juga biasa disebut semasa permulaan dan ending ucapan kepada si mati.


Tahukah kamu semua bahawa roh orang kafir tak akan tenang? Kerana orang kafir terang-terang menolak syahadah umat Islam.


Kita hanya boleh mendoakan kesejahteraan saudara Islam kita yang sudah meninggal sahaja.


Aku tau Steve Jobs ni banyak jasa dia untuk dunia kerana dia banyak bangunkan teknologi dan gadgets. Tapi apa jasa dia untuk agama kita?


Okay la if korang nak cakap dengan teknologi yang dia bina proses dakwah lagi mudah dan maju. Tapi if nak compare dengan bapa saudara Rasulullah s.a.w iaitu Abu Talib, mana lagi besar? Steve Jobs or Abu Talib?


Sumbangan Abu Talib lagi besar kot! Dia banyak bantu Rasulullah s.a.w semasa proses dakwah awal-awal. Dia juga yang protect dan backup Rasulullah s.a.w. ketika baginda dalam kesusahan.


Malangnya Abu Talib meninggal bukan dalam Islam. Sedih yang teramat bagi baginda kerana insan yang beliau cintai mati tidak dalam iman. Rasulullah s.a.w pon mendoakan kesejahteraan pakcik beliau…


Tapi, Allah menegur baginda dari berdoa macam tu sebab pakcik beliau tidak beriman walaupun banyak jasa Abu Talib untuk baginda dalam perjuangan dakwah baginda.


Hidayah itu milik Allah. Kita yang lahir-lahir Islam ni bersyukurlah. Bukan senang nak dapat hidayah Allah ni.


Jika Abu Talib pon Allah larang Rasulullah s.a.w dari doa, apatah lagi Steve Jobs? Jangan la disebut or guna RIP ye.








p/s : JOM! pergi majlis ilmu tentang agama islam :). Apabila kita mempunya masa yang lapang atau peluang, bacalah al-quran serta fahamkan maksud ayat yang kita baca. Dunia sekarang amat mencabar untuk kita tempuh. Dugaannya sangat menguji iman kita..^_^







TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan