20120522

MANTERA macam transformer punya cerita

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 01:23
klik-klik=) 
Assalamualaikum...




Sebelum banyak keluar tentang iklan mantera. Sha ada ternampak poster-poster mantera di pawagam. Mulanya tak percaya ni filem melayu k? Ialah, ada muka tomok dalam poster tu.Huhu.

MANTERA 

Filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) merupakan filem Sains Fiksyen antarabangsa pertama Malaysia yang mengisahkan seorang pelajar kolej bernama Azman (Tomok) yang telah menemui sepasang sarung tangan berteknologi nano yang mampu mengubah motosikal menjadi sut robot yang berkuasa.
Dalam masa yang sama, pihak musuh juga sebenarnya memburu benda tersebut dengan misi untuk merampas MANTERA seterusnya menakluki dunia.
Filem ini menjalani penggambaran di Malaysia, Dubai, UAE dan Russia dan turut dibintangi pelakon-pelakon antarabangsa seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008 Natalya Shmarenkova (Ukraine).
Identiti superhero yang tersendiri, elemen kemelayuan dan seni mempertahankan diri silat sedikit sebanyak menampung kecacatan filem ini terutama pembawakan watak yang kurang berkesan dan penggunaan kesan khas visul (CGI) yang lemah.
Jika ingin dibandingkan Mantera dengan filem arahan Michael Bay, Transformers, kami rasa cerita Ben 10 lebih menghiburkan.
Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada anak-anak tempatan yang berani tampil bereksperimentasi dengan filem Mantera. Sekurang-kurangnya ini perkara baru dalam dunia perfileman tanah air.
Filem yang menelan kos sebanyak 8.5 juta ini akan membuka tayangan pada 17 Mei 2012 di seluruh pawagam Malaysia selepas diperam selama dua tahun.credit untuk ROTIKAYA

Dah ditayangkan pun sekarang.Jadi, ada sesiapa dah pergi menonton filem ni?meh kongsi sikit camne jalan cerita dia..=)


TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan