20120509

KENAPA? --->

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 21:58
klik-klik=) 

AHA!molek tak molek tajuk entry sha ni?hehehheh!Ya.Memang Sha tak percaya pada hukum karma TAPI Sha  percaya pada Qodo' dan Qadar ALLAH S.W.T.Mungkin ayat karma tu bagi sesetengah pihak suka menggunakan sebagai kefahaman dia "what goes around, comes around". Maksudnya apa yang orang tu buat orang itu akan dapat balik apa yang dibuat.

setiap manusia yang beriman pasti ada perasaan keinsafan dalam diri


Mungkin ayat KARMA ni buat diorang rasa macam up to date bila diorang gunakan.Setiap orang/manusia mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza kan.Tapi kenapa kita mesti nak gunakan ayat Karma yang selalu orang buddha cakap?.Bukan kah kita percaya pada rukun iman.

Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar




Memang la ada yang menyatakan Orang tu buat kita macam ni ,nanti orang tu kene balik.Semuanya ketentuan dari ALLAH S.W.T.Kalau orang tu dah insaf dan berubah jadi baik.Kita tak tahu bukan?.=).Ada yang mengatakan KEMAAFAN adalah balas dendam yang paling baik.Sedangkan nabi ampunkan umatnya inikan pula kita sebagai hamba ALLAH.

Memanglah perit nak menghadapi dugaan kat dunia yang fana ni.Kita mestilah ingat,Allah S.W.T sedang menguji kita.Dunia adalah jambatan ke akhirat.Jadi,kita kenelah kumpul saham untuk ke akhirat banyak-banyak.Kadang-kadang mesti ada yang percaya dan nak sedapkan hati cakap tak apa kau buat aku camnicamtu nanti kau kenelah balik.Pastu mulalah sebut ayat "what goes around,comes around". Heih!.Apa pun tak boleh.hihi.Ingatlah! ALLAH itu maha adil.Sha sedar, Sha bukanlah baik sangat dan ilmu dah penuh di dada nak cakap pasal ni.Tidak! tidak sama sekali.

Mengapa kita sekarang terlalu agungkan bahasa OMPUTEH?kenapa tidak bahasa arab?bahasa syurga.Lihatlah, lagu barat pun ada tajuk "WGACA". Bagi mereka yang lain pula ,diorang guna ayat KARMA sebagai merujuk kefahaman mereka buat baik dibalas baik.Dah memanglah orang yang dibuat baik di balas baik tapi kalau dapat yang kita buat baik dia buat jahat?.Camne pula?ahaha.Manusia tak sempurna.Hidup pula perlu sentiasa ingat mengingati.

SALING INGAT MENGINGATI SESAMA SAUDARA SEISLAM



ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi). teruskan membaca di blOg ini!=)



: just guna bagi orang faham ?? yang tak faham camne pula?



manusia yang membuatkan ia menjadi "complicated"(: 




TERIMA KASIH,sudi baca

2 budak baik:

sekamar rindu on Thursday, May 10, 2012 9:17:00 AM said...

salam...

setiap apa yg dilakukan pasti akan medapat pembalasaan yg setimpal di akhirat nanti..

Eyesha Zaidin on Thursday, May 10, 2012 8:48:00 PM said...

waalaikumsalam..

ya,betul tu..^_^..

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan