20120620

getah pemadan gaya zaman sekolah saya

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 20:49
klik-klik=) 
Assalamualaikum...



hakmilik gambar sha,penat nak watermark..huhu




Pernah main getah pemadan?. yang kita tekan-tekan bagi pemadam kita naik atas pemadam kawan kita yang lain?.hihi. Itu adalah salah satu permainan 'feveret' ketika dibangku sekolah. Pergi kedai atuk, beli getah pemadam banyak-banyak. Tapi memilih jugak, nak yang cantik-cantik. selalunya Sha akan pilih bendera negara yang cantik. Lepas tu, kalau dah tak cukup banyak. beli sahaja getah pemadam yang ada macam-macam gambar kat atas dia. Haha.

sedang mengajar adik, tengok pemadam ni. teringat zaman sekolah
Bila cikgu tak masuk kelas lagi, sha main dengan kawan-kawan. Ha.. Tapi apa yang paling menariknya dengan getah pemadam ni. Sha akan sediakan tempat letak dia. Boleh dikatakan macam pensil box la. haha. Memang best sangat . Sebabnya, Sha akan namakan setiap pemadam dengan nama. Takpun main macam satu keluarga. Ada mak, ayah, kakak. Kemudian, Sha akan lukis pelan macam pelan rumah tu..haha. Pastu mainlah jadikan macam anak patung kertas!


Uiks..bercerita mengenai anak patung kertas pulak. Itu lagi satu permainan yang memang tahap gaban Sha suka. Wah, satu kotak kasut tu sha kumpul penuh tau!. Sampai Sha dah meningkat remaja. Sha pun menurunkanlah harta anak patung kertas sha tu (wahaha) kat adik perempuan Sha. Alahai, dia jaga..hialang satu persatu. Sedihla jugak. tapi tak pelah..Dah merasa kan.=)

Lepas tu, dah mula keluar macam-macam bentuk dan warna pemadam, Sha pun turut terjebak membelinya. Cantik-cantik, murah pulak tu.aisyy..tangan tu sentiasa merasa gatal nak beli!!. .huhu. 

TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan