20120615

mari jadikan SEDEKAH itu satu hobi kita

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 00:15
klik-klik=) 
Assalamualaikum...



Pernahkah kita bersedekah dalam sehari atau dalam seminggu? atau sebulan sekali?. Andailah sedekah itu satu hobi kita pasti sudah terkumpul banyak saham untuk di akhirat. Kita asyik mengejar dunia tetapi lupa tentang akhirat tanpa kita sedar. 


"Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh." 
[Riwayat Muslim]



Jika bersedekah hati dan niat perlulah ikhlas. Jangan pula kita mempunyai 4 perkara dibawah ni :-

1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian yang diberikan.
2. Memberi namun dalam masa yang sama turut menyakiti hati si    penerima.
3. Riya'.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga.
4. Tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.(Bukan Islam)

Jika ada 4 perkara di atas dalam diri kita, ganjaran pahala yang kita kumpul akan hilang. Walaupun hanya salah satu daripada perkara di atas.Huhu, pastinya kita tidak mahu terjadi. Oleh itu , bersihkan hati kita =).



"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."
[2:261]


Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi banyak pasir atau tanah ?
Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan?
Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih !


Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas.




"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah batu itu bersih (tidak bertanah). Mereka tidak mendapat sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ."[2:264]




"Inginkan SAHAM akhirat yang lumayan ??


teruskan melabur di jalan Allah !!"


kredit 



TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan