20120621

Mee Goreng JUMAI !!!!

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 18:03
klik-klik=) 
Assalamualaikum...



mee jumai yang sedap



hakmilik gambar ini , eyeshazaidin punya.=)
Sila-sila ..merasa mee JUMAI..(nama tajuk tak sama la).Ini memudahkan pencariaan korang kat Google je.=)



Nama sebenar untuk mee ini adalah MEE JUMAI. Satu pinggang beharga RM7.00. Puas! sebab banyak dan juga kuahnya sedap. Dia punya kuah memang rasa macam paprik tapi di balut dengan telur. Tambah pula, mee goreng mamak dekat kedai MAMI SRI TANJUNG ni memang sedap. Sebab dia letak telur banyak. Itu yang membuatkan rasa sedap. Kat kedai mamak lain tak banyak letak telur. Rasa kurang sedap.Lain orang, lain rasanya.^__^. 




Dekat kedai mamak ni, kalau kita pesan mee goreng mamak dia memang letak atas daun pisang. Sama jugak dengan mee jumai ni, Mulanya memang tak tahu macammana rupa bentuk mee jumai . Ini pun tahu, sebab terdengar meja sebelah kat satu restoran cakap pasal menu ni. Mana tak dengar nya, pakcik tu cakap kuat. hehe. Dia kata, sedap. Itu yang nak merasa, sedap mana tahapnya. Alhamdulillah, memang puas hati dengan harga dia pun murah. Sebab apa murah?. Ha.. tengoklah kat gambar tu..sayur ada,ayam,telur...lalala

Kedai mamak Mami Sri Tanjung ni terletak di Sungai Buloh. Sesiapa yang duduk dekat area Subang, Damansara, Kl, boleh je datang singgah. Tak tahulah kalau kat kedai mamak lain pun ada jual jugak. Rasanya, mesti ada punya.hihi. Ha, pernah makan roti naan cheese ayam tandoori tak??..sedap ....huhuhu..memang sedap. kalau ke kedai mamak, itulah menu yang sha minta.hihi.Tak boleh makan selalu...^___~


TERIMA KASIH,sudi baca

2 budak baik:

Puteri Bt Ahmad on Thursday, June 21, 2012 7:21:00 PM said...

oh!!! mmg nampak sedap sangat!!!!! aih da la puase nihh hihihihi D

Eyesha Zaidin on Thursday, June 21, 2012 9:22:00 PM said...

sedap..puteri cubalah order kalau singgah mana-mana kedai mamak.=)

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan