20120625

Saya rasa Blog ‘The Life Of Mansor’s Twin’............^____^,meh teruskan membaca ya!

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 00:26
klik-klik=) 
Assalamualaikum...
'the life of mansor's twin' -pic ni milik mereka ok! =)


Saya rasa Blog "The Life Of Mansor's Twin ini sangat menarik untuk golongan remaja muslimah masa kini. Sesuai dengan kehendak pembaca blog yang sentiasa inginkan sesuatu yang kelihatan cantik. Siapalah yang tak nak 'cantik'. Ianya sangat subjektif. Apatah lagi sebagai seorang wanita, memang sukakan kecantikan. Blog-blog macamni lah yang memang suka nak diterjah!. Nama blog mereka sangat unik kerana ia sudah terang nyata bersuluh(cewah!hihi) bahawa blog ini bukan dikendalikan oleh seorang tetapi dua!. Ya , dua orang^_^. Mereka ini adalah adik beradik kembar yang cantik jelita. Mereka ialah  Ida Mansor & Iena Mansor . Amat jarang dan bagi saya, ini adalah pertama kali saya pernah membaca blog yang dikendalikan oleh adik beradik kembar. Wow, sangat teruja !. Tak percaya?. Cubalah terjah ;). Setiap komen yang korang beri akan dibalas/dilayan. Jarang tau , ada blogger yang rajin membalas komen-komen ( betul tak??=) ). Cuba lihat di bahagian komen entry ni, Ha..diorang ada balas tau. Itu bermaksud mereka tak sombong, ceria, rendah diri. Hati pun senang bila ada "feeedback" daripada sesiapa yang kita berkomunikasi(^_^) V.


gadis ni pulak, namanya IDA MANSOR=)

gadis ni namanya IENA MANSOR ;)


Disamping itu, blog ini dapat menarik sesiapa sahaja yang ingin menjadi seorang model. Sebab apa ya?. Aha ,sebab pemilik blog ini adalah model!. Kedua-duanya adalah model. Lihat sahajalah gambar-gambar yang ada pada blog mereka, 'posing' yang menarik, cantik serta nampak neutral dan tidak nampak kekok langsung. Dekat blog ni jugak, mereka berkongsi pengalaman serta pengetahuan tentang dunia modelling. Menarik kan?! ;) sesiapa yang nak jadi model sesuai follow / baca blog ni begitu juga dengan fesyen muslimah^_^. Up to date!. Selain itu,Pemilik blog belajar kos berkaitan dengan design, itu sebab la entry jom belajar grafik dapat diterangkan dengan cara yang mudah oleh Ida. Nak tanya tentang grafik design pun boleh!.Ida lebih minat kepada grafik design manakala iena pula lebih cenderung minatnya terhadap bidang kecantikan.=)Nak tahu lebih lanjut tentang perbezaan mereka?klik sini;).


TAHNIAH! ida mansor & iena mansor (gambar hakmilik mereka ok!)

 Header baru mereka pun cun comel jugak. Memang sangat padan dengan susun atur blog. Apatah lagi tajuk entry yang ada (saya punya blog pun tak cantik macam mereka punya.huhu), menyusur laju je tetikus kat tangan nak klik link-link kat blog ni. Ada jugak iklan-iklan lain di sisi blog yang boleh kita tengok  sambil cuci-cuci mata.Hihi, sambil-sambil cuci mata boleh ler "beli bla" secara online kat iklan-iklan yang ada dibahagian kiri !.





gambar kat atas ni header mereka! awesome!!--ida yg design(pic ini,hakmilik mereka!)
Pada mulanya, Saya (bahasakan saya pun bolehkan,sebab permulaan dah pakai saya.hehe)buka blog Puteri Binti Ahmad sebab tertarik dengan iklan yang putri postkan. Rupanya ianya tentang blog si gadis kembar yang cantik jelita ni. Memang terus rasa nak join je lah. Masuk sahaja link blog mereka. Wah! memang sangat tertarik nak baca segala entry yang ada. Mereka pun blogger baru macam saya (saya barula jugakkan!^_~).Walaupun blogger baru, tapi nampak comel sangat susunatur blog.Warna PINK SILVER~ Follower pun dah ramai tau!.



boleh tak korang posing buat gaya tangan macam ni?saya tak.hehe(pic milik mereka ok!)



Cepat-cepat follow blog mereka, banyak info yang ada bukan tentang dunia modelling je tau.=) macam-macam ada . Saya sudah follow , malah telah join contest yang mereka anjurkan. Nak join?. Apa tunggu lagi silalah baca iklan kat bawah ni. Saya dah sediakan untuk korang baca dan join contest. Hadiah dia pun boleh tahan lumayan jugak tau. Jadi, jangan lepaskan peluang !. Perlu diingatkan, mengucapkan sesuatu keikhlasan dari dalam hati sangat perlu ;) supaya kita menjadi insan yang lebih baik dan tawakkal sebagai "role model" di dunia zaman sekarang ini. InsyaALLAH.(senyum lebar-lebar =))100% iklan dibawah ini adalah copy paste dari blog mereka.hehe.



1ST PRIZE 
Free Design : Header Blog & Advertising Blog or Cover Photo Timeline
Free Lunch + Movie Tix (and u can also meet us Iena & Ida Mansor's)
Free Bantalcraft (with ur own name) from our sponsor Butik Cho Mel
and also u got to win : FREE VOUCHER RM50 frm our sponsorDRESSUANA!

2ST PRIZE
Free Design : Header Blog or Cover Photo Timeline
Free Skirt Labuh Chiffon from Hidayah Salle's
and u also win : FREE VOUCHER RM30 from our sponsor DRESSUANA!


3ST PRIZE
Free Design : Header Blog or Cover Photo Timeline
Free Potret Karikatur from Hidayah Salle's 
and u also win : FREE HAIR RIBBON worth RM19.90 from our sponsorCynn Ismail



SAGUHATI
20 pemenang dapat sehelai pashmina/shawl/tudung dari butik Edasera Styleesh Boutique 




Ha..menarik kan?????
NAK JOIN?

HOW?
Ni syaratnya : 


1]  Like fan page  -  ‘The Life Of Mansor’s Twin
2] Follow blog ‘The Life Of Mansor’s Twin'
3] Isikan sambungan ayat berikut :  Saya rasa Blog ‘The Life Of Mansor’s Twin’.........
4] Like fan page our sponsor :


 a) Dressuana [supaya korang blh pilih SENDIRI HADIAH yang korang  nak! berdasarkan HADIAH   VOUCHER oleh Dressuana] 


b) Edasera Stylish Boutique [supaya korang boleh pilih sendiri hadiah shawl khas kat album yg akan disediakan untuk para pemenang ^.^]


c) Butik Cho Mel [ supaya korang boleh cuci mata tgk barang2 die yang awesome + boleh claim hadiah dgn pemilik butik ni :) ]

senang kan? 
Jom tengok poster contest kitaorng :

So nak sambungkan ayat tu KAT MANA?
SENANG JE! KAT SINI (BLOG KITAORNG) ataupun kat FAN PAGE FACEBOOK kitaorng. :)
p/s - sapa yang buat entry kat blog peluang NAK MENANG LAGI CERAH, sebab kami boleh lihat dengan lebih jelas penyertaan anda dan takkan terlepas pandang punya dengan penyertaan korang!


so PILIHAN kat tangan korang ok? :) 


JURI contest ni ialah :

MAK kitaorng :)

TARIKH TUTUP CONTEST NI IS :
 07/07/2012


P/s : Woah! menarik!! ^__^. Setakat ni, tak pernah lagi ibu bapa jadi juri.Memang 'sporting' habis dan seronokkan jika parents kita bagi semangat dan membantu kita dalam pelbagai perkara.

semoga berjaya buat Ida Mansor &Iena Mansur serta kalian semua !!amiin..

TERIMA KASIH,sudi baca

5 budak baik:

Puteri Bt Ahmad on Monday, June 25, 2012 4:01:00 AM said...

yeyyy!! gud lak, dear!!! kte doakan awk dpt 1st prize. hihiihih :D

Eyesha Zaidin on Monday, June 25, 2012 8:36:00 PM said...

THANKS PUTRI KU SYG!!!
hehehe
oh ya??..insyaALLAH..amiin..
ni first time sha jOin apa2 contest kat blog tau...(>.<)V

tq bagi sokongan n doa..^________^

IDA MANSOR / IENA MANSOR on Tuesday, June 26, 2012 5:13:00 AM said...

terima kasih atas penyertaan..huhu malu plak bler tgk komen2 yang orng bg untuk contest ni >.<"

Eyesha Zaidin on Thursday, June 28, 2012 2:23:00 AM said...

sama2 kasih!..^__6

hihi..sudah ayat itu nak disambung,jadi kami nyatakan sahaja pendapat dan perkongsiaan yang ada...pasni watla Giveaway pula ea ida/ina..=)

IDA MANSOR / IENA MANSOR on Monday, July 02, 2012 6:38:00 AM said...

insyallah :)

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan