20120730

kasut atau sandal untuk digunakan bila berjalan-jalan?

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 18:34
klik-klik=) 
Assalamualaikum...


kasut?

sandal?


Pernah tak merasa dalam dilema untuk membeli kasut yang macammana untuk berjalan-jalan?. Ini adalah pendapat Sha :-

* Selesa dipakai
* Bila jalan kaki tak rasa sakit
* Ruang kasut tak terlalu sempit / sandal tak terlalu longgar


Ya..ya..ya memangla antara kat atas ini adalah ciri-ciri korang nak. Tetapi sha selalu terfikir 2 perkara ni..Aha ! =)..apakah ia?



CANTIK atau tak nak SAKIT ?

A : ala tak cantiklah kasut ni. Tapi rasa selesa pula
B : you ni , nak cantik ke atau nak kaki tu sanggup rasa sakit?
(si A tersenyum sipu)

ke yang ni lagi cantik?
Okey, adakah dialog di atas tadi pernah korang alami tau tidak? ke tak pernah? hehe..atau si B cakap: Ha,yelah..kasut ni tak cantik tapi nampak macam selesa. Alahai..baik you beli kasut yang lagi cantik daripada ni.Erk!, adakah ia amat berbaloi? harga tu tak kisahlah. Apa yang paling penting keselesaan bila kita pakai. Kalau nak difikirkan kasut ni boleh ke tahan lama? sampai 10 tahun?..eh..tidaklah..hehe..buatan manusia  tak sempurna buatan ciptaan ALLAH S.W.T.Kalau dah ada orang hadiahkan kita kasut. SYUKUR, alhamdulillah..rezeki namanya tu =)

ini cantik?


Tak salah kalau nak beli kasut banyak-banyak sebab kita ada banyak baju nak "matchkan". Wanita manalah yang tak suka dengan kasut cantik?!. Sha sendiri suka dengan kasut cantik =). Tetapi biarlah berpada-pada( ini nasihat serta ingatan diri Sha sendiri). Mana satu korang pilih? cantik diluar atau cantik di dalam?haha.(maksudnya,pakai kasut kita rasa selesa,tapi design ia macam biasa-biasa je). YANG MANA SATU IDAMAN HATI?? ^__^.


ADAB MEMAKAI KASUT
gambar sekadar hiasan =)
Dalam ajaran Islam, seseorang yang hendak memakai sepatu, kasut atau sandal perlulah mengetahui adab-adabnya dan sekaligus mempraktikkannya agar pemakai akan mendapat berkat daripada Allah serta keselamatan yang berpanjangan. Berikut adalah di antara adab memakai sepatu, kasut atau sandal menurut Islam:
  • Mengucapkan Basmalah (lafaz Bismillah hir Rahman nir Rahim), ertinya; (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah/Penyayang lagi Maha Mengasihani).
  • Memulakan pemakaian dengan kaki sebelah kanan terlebih dahulu kemudian diikuti kaki sebelah kiri.
  • Memulakan perjalanan dengan kaki kanan terlebih dahulu kemudian diikuti kaki sebelah kiri, berjalanlah dengan selamat, bersabar dan tidak tergopoh gapah serta berjalanlah dengan berharap keselamatan dan keredhaan Allah SWT.
Hal ini berdasarkan hadis dari Aisyah:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
"Adalah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memulai dengan sebelah kanan dalam hal beliau memakai sandal, bersisir, bersuci, dan dalam semua perkara."[1]
p/s : seindah hiasan adalah wanita solehah (:














TERIMA KASIH,sudi baca

4 budak baik:

haz on Tuesday, July 31, 2012 1:23:00 AM said...

haz nak dua2! hahaha. pernah taw haz kluar jln pkai heels konon nk nmpk cntik. sekali kaki melecet tros kne bli flip flop pkai time tu jugk. hahah.

Boo on Tuesday, July 31, 2012 1:25:00 AM said...

sandal la bagus.
tak rosak and tak sakitkan kaki...
harga pun tak semahal kasutt

Eyesha Zaidin on Tuesday, July 31, 2012 1:46:00 AM said...

Haz: kasut heel mmg cantik. Tapi bila pakai lama...sakiitt..T_T
sesuai pakai time pg kenduri kahwin je rasanya..hehhe


kak sheila : ya..^__^..tapi ikut jenis kualiti , tahan lasak dgn design dia..ngee~~

sandal yg jual kat pasar malam pon cantik jugakkan..sepasang RM10

haz on Tuesday, July 31, 2012 1:59:00 AM said...

btol3.. haha

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan