20120716

taman tema pertama di MALAYSIA

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 21:42
klik-klik=) 
Assalamualaikum...


Wah!, taman tema air memang menyeronokkan.Tapi pernah tak kita terfikir taman tema air yang pertama di MALAYSIA dimana? Sejak tahun berapa mula adanya taman tema air?..Aha, mesti terasa ingin tahu. 


PEMBINAAN MIMALAND 1971



Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.



Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.



Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitukolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinyapapan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.



Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkankematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.





Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaankesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.


SHOOTING FILEM =)

1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.

NAK BACA LEBIH LANJUT KLIK SINI---> credit plus++ ARKIBNEGARA =) (ENTRY COPYPASTE DARI ARKIB NEGARA)
TERIMA KASIH,sudi baca

6 budak baik:

Puteri Bt Ahmad on Tuesday, July 17, 2012 5:43:00 AM said...

laaa ye ke?hihiihi tatau pon :'D

IDA MANSOR / IENA MANSOR on Friday, July 20, 2012 3:12:00 AM said...

x pernah tahu pasal mimaland ni..good info..rajin eh eyesha search pasal mimaland ni :) kalao kite mls :p

Eyesha Zaidin on Saturday, July 21, 2012 9:39:00 PM said...

dear IDA/IENA & PUTRI :)

ni pOn terbaca info ni kat facebook..rasa macam menaik je utk dikongsikan kat sini..
tu yang mencari nak tahu..hihihi

Nadia Azira on Thursday, July 26, 2012 10:14:00 PM said...

wah, menariknya....
tak sangka ada taman tema ni thun 70'an sebab tak pernah tahu pun..kire hebat jugak kan...hehe

Eyesha Zaidin on Friday, July 27, 2012 1:03:00 AM said...

ya..=). . .menarikkan..tp sekarg dah jd tempat yg macam misteri =(

Anonymous said...

xsangka area rumah ak ad taman ni.

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan