20121005

MINUM AIR BANYAK TAK BOLEH ?

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 00:01
klik-klik=) 
Assalamualaikum...

Pulak dah!.. beberapa minggu dan bulan lepas Sha puas mencari artikel berapa banyak sebenarnya kita perlu minum air?.. Ada yang kata 2 liter..8 gelas..huh? gelas besar mana?.
Sha ada tengok sesetengah orang tu kalau pergi kerja atau sekolah. Nah! amik, satu botol besar air masak dia minum. Tapi bila terjumpa satu artikel ni..macam tu pula ea?.. Owh..Jadi kita perlu minum berapa keperluan air dalam tubuh kita sahaja ea. Okey, Jom baca artikel yang sha jumpa ni.


amboi, baby..tu dah banyak sangat tu! ^^



kredit ini! ^^


Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?



bila haus, memang nikmat minum air masak!

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.


KREDIT NIZARAZU ;)





Apa sebenarnya berlaku apabila minum air melebihi keperluan?

Minum air lebih daripada yang diperlukan meningkatkan jumlah isipadu darah. Peningkatan isipadu darah meningkatkan beban kerja pada jantung dan tekanan pada salur darah. Buah pinggang bekerja lebih untuk menapis air berlebihan. Sistem penapisan di buah pinggang melalui rerambut yang dipanggil glomeruli. Glomeruli boleh rosak disebabkan bekerja lebih. Buah pinggang akan cuba sedaya upaya untuk membuang air berlebihan. Air berlebihan dibuang bersama elektrolit.

Dalam masa sama badan berusaha untuk seimbangkan elektrolit dalam badan, di dalam darah dan sel-sel. Air akan meresap ke dalam sel-sel dan menyebabkan sel menjadi bengkak dan seterusnya pecah. Jika bengkak berlaku dalam otak, anda akan mengalami tekanan intrakranial dan seterusnya menyebabkan gejala-gejala seterusnya berlaku bermula dari sakit kepala.

Berapa banyak air yang diperlukan?

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada banyak faktor termasuk pemakanan, aktiviti harian, tahap kesihatan dan persekitaran. Mereka yang banyak makan makanan berair seperti sayur dan buah tidak memerlukan air yang banyak. Mereka yang bekerja berat memerlukan air yang lebih berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Mereka yang duduk di kutub utara kurang memerlukan air berbanding yang duduk di gurun sahara.

6-8 gelas air sehari cuma satu rujukan purata. Tidak semestinya anda memerlukan sebanyak itu ataupun mungkin tidak cukup untuk seorang yang aktif bersenam dan sebagainya. Rasa dahaga tidak semestinya menunjukkan anda memerlukan air. Mungkin disebabkan mulut kering. Minumlah air apabila dirasakan perlu. Tidak ada kajian membuktikan minum air sebelum makan mengurangkan selera makan tetapi terdapat kajian menunjukkan minum air semasa makan atau makan berulam air boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak efisien dan seterusnya menyebabkan makanan disimpan.

MASA YANG SESUAI MINUM AIR

Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.



p/s : ada sesiapa yang tahu tentang ini? ^^. share plz..=)



TERIMA KASIH,sudi baca

5 budak baik:

Boo on Friday, October 05, 2012 12:31:00 AM said...

Assalamualaikum sha, wahh bagusnya entri ini!
sheila rasa 8 gelas tu untuk satu hari. bukan utk pagi dah amik 8 gelas. pundi kencing manusia bole penuh air sebanyak 250ml.

Boo on Friday, October 05, 2012 12:31:00 AM said...

Kalau org tu rajin membuang air kecil takpe kut. yang penting , amik yang mana penting je.
ehh mcm berbelit je sheila ckp ni hahaha

Eyesha Zaidin on Friday, October 05, 2012 1:33:00 AM said...

@Boo

yalah..sebab tgk org yg kuat minum air masak ni..selalu ke tandas..=)

haz on Friday, October 05, 2012 9:16:00 AM said...

betul2.. yg statement last ni pun betul. hihi

Eyesha Zaidin on Saturday, October 06, 2012 6:42:00 AM said...

@haz

Owh..! tq haz 4 ur information...^^

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan