20130421

PERJALANAN KE CAMERON HIGHLAND

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 03:00
klik-klik=) 
Assalamualaikum...



Perjalanan dari Tapah ke Cameron Highland penuh pandangan hijau. Apatah lagi laluan yang berpusing-pusing. Pening dan...agak kerisauan jugak sebab masa tu ada aje kereta yang nak memotong.huhu. Pada yang pernah datang ke Cameron Highland pasti rasa biasa. Seronok jugak bila dah sampai kat atas. Tapi sayang, kami pertama kali jejak kat sini (emm..pertama kali lagi..kikiki). Jadi nak pergi kebun mana kami tak tahu. Akhirnya pergi sana turun solat,makan dan beli cenderamata je.


Nampak tak tanah bukit yang menghijau tu. SubahanaALLAh..cantikkan.. 




Masa ni dah nak sampai ke latar Iskandar. Terdapat beberapa deretan kedai jual buah-buahan. Ramai jugak yang berhenti kat sini.





Gambar yang sempat Sha snap.



Dah sampai kat atas. Sha perhatikan lama-lama gambar ni macam tanah merah runtuh.Nauzubillahminzalik.


Alhamdulillah, sampai sudah ke Tanah Rata. Lalu je ..


kabus pada bukit tu..mempesonakan.




Pattern rumah peranginan dia menarik.


Boleh tak tolong bagitau farm strawberi mana yang paling menarik untuk pergi?







Kreatif kalau perhatikan ejaan jualan kedai ni.


Satay madu. Tak sempat merasa, husband dah makan semua. hehehe..Moga tak mengidam


Masak menggunakan dapur gas. Jadi lambat sikit nak siap masak. Harap bersabar kepada mereka yang telah memesan Ok! =)



Okey, kalau ke sana. Jangan lupa beli bantal strawberi yang comel ni. haha. Asal ada bantal ni dalam kereta orang lain. Ada aje yang cakap, ha ni baru turun dari Cameron la ni..-------------"-


p/s: Tiada manusia yang sempurna 



TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan