20130617

I-City Waterworld

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 05:38
klik-klik=) 
Assalamualaikum...






Pastinya ada kawan-kawan sudah pergi ke sini. Sha pertama kali menjejakkan kaki kat water world I-city. Ini pun sebab mengidam. Erk! mengarut betul boleh mengidam benda macam ni. Eiskh! (padam muka dah kene marah dengan kawan baik,emy.Hahaha)




Di kaunter beli tiket ni ada enam kaunter. Pergi waktu orang kerja dan bukan masa cuti tau, memang sangat rileks nak membeli tiket tak perlu berebut dengan orang ramai . Rezeki korang la dapat pergi time bila ea tak?..=).



Harga tiket masuk . Itu baru tiket masuk tak termasuk duit topup beli makan (RM50,minimun),duit loker (RM5),deposit (RM10)=RM105! gulp!


kad topup beli makanan minimum RM50



Jam tangan untuk dewasa


Jam tangan untuk dewasa + loker



Dekat sebelah kaunter tiket terdapat tandas, jangan risau kat dalam pun ada tandas jugak ;)


Ini adalah keadaan dan suasana dalam tandas. Tandas dia jenis duduk tiada tandas cangkung. Oleh itu, korang persiapkanlah tisu.



Sebelum nak masuk.




Seperti biasa nak masuk dalam pastinya barang yang kita bawa akan diperiksa.Memang bersungguh-sungguh dia tekan beg tau.Hihihi. Kene yang kita terbawa air kotak..Haa..korang bayangkanlah sendiri.



Pandangan dari pintu masuk. Masa datang, air pancut kat kuda laut tu tak dipasang.



Kat sini tempat letak barang bagi yang menyewa loker. Kat sini juga tempat membilas badan,tukar baju,tandas. Sebelum nak guna loker korang perlu ke kiosk kecil tu untuk daftar kunci loker yang seperti jam tangan warna oren.



Jangan buka pintu loker macam gambar kat atas ni pulak memang tak akan buka .hehe






Jangan risau,kat loker tu ada tunjukkan cara nak buka macammana




 Perlu tekankan sedikit jam tu pada kotak hitam tu.Macam touch n go lah =) dia akan buka sendiri secara automatik selepas kita touchkan jam.





Keluasan dalam loker yang korang akan sewa



Kawasan kanak-kanak mandi. Cantik dan menarik, terasa nak main kat situ. Haha













Nak membilas badan pun ada kat tepi kawasan kanak-kanan mandi



Sebelah kawasan mandi kanak-kanak adalah kolam yakuzi. Selesa mandi kat kolam ni sebab dia macam mengurut dalam air. Pancutan air yang ada kat situ ada pelbagai pilihan.



Nampak tak kakak yang tengah duduk kat tepi kolam tu?. Kat bawah tu ada pancutan air macam mengurut tapak kaki.



Inilah yang sha maksudkan Oh ya! ini bukan kaki Sha ea =). 



Kawasan hujung sana pun tak kurang menariknya, ada pancutan air mengurut belakang badan



Kat kolam ni, kalau korang nak guna pancutan yang pelbagai pilihan perlu tekan suis yang tengah ni.



Masa ni ombak kurang, =)




Dah mandi berhentak-hentak , mesti terasa lapar . Kat sini tak pakai cash, pakai kad macam kad topup. Boleh pakai 2 tahun sahaja. nak topup boleh =)



Sha ambil yang combo nombor empat. Ayam goreng dia memang macam ayam goreng tapi ayam baru =).Disebabkan dah lapar makan apa pun rasa sedap. huhuhuhu. Harga dia??...korang nilailah sendiri.



Nak bayar korang perlu letakkan kad pada kotak putih tu.Gambar blur, mohon maaf.



Kad beli makan



Dah bayar, ambil makan di sebelah sini ok.





Kentang Goreng 


Ayam goreng 2 ketul


hotdog



Masa makan tu nak minta sos cili tapi macam tak ada je kat bahagian sudu,straw atau sha yang tak nampak?


Kat belakang kedai beli makanan ni ada mainan yang kalau nampak dari tepi jalan macam best. =)..hehe Sha tak naik.Okey, sila jamu mata gambar kat bawah yang sha sempat snap ni.








ini gambar milik blog ni





Antara game yang boleh korang main kat sini. Yang biru putih ni boleh main empat orang sahaja



Yang ni seorang sahaja yang boleh main , menggelongsor secara meniarap guna tikar getah tebal.







Yang ni rileks sikit. Baring,duduk atas pelampung dia boleh bergerak sendiri dengan laluan air.





 Dah puas main, Balik dan bayar parking.

p/s: Berbaloi tak korang rasa????.... tapi sha lagi suka nak ke SUNWAY LAGOON....



TERIMA KASIH,sudi baca

4 budak baik:

IDA MANSOR / IENA MANSOR on Monday, June 17, 2013 6:11:00 AM said...

rindu pula nk main kat tmpt2 mcm ni..lama dh x pegi..tp mcm segan pula nk berenang2 dh bila dh bsr =.='

Eyesha Zaidin on Tuesday, June 18, 2013 7:24:00 AM said...

@IDA MANSOR / IENA MANSOR ida/iena , mainlah yang menggelongsor tu..=).. best...

haz on Sunday, June 23, 2013 10:25:00 PM said...

ddk dkt je ngn icity tp bilenye nk pg pn xtau. haha

Eyesha Zaidin on Monday, June 24, 2013 12:33:00 AM said...

@haz i-city bolehlah tahan cuma kene pandai bajet belanja makan..^^...

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan