20130627

Pengalaman Hamil

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 08:58
klik-klik=) 
Assalamualaikum...







Hai, Sihatkah bakal-bakal ummi to be?. Pastinya, korang meng'goole' pengalaman hamil kan. ^^. Sha dulu pun macam tu jugak, ialah sekian lama menanti tentu mahukan cahaya mata. Mulanya memang merancang nak cahaya mata awal tapi Allah dah tentukan segalanya cepat atau lambat.Puas berusaha dapatkan cahaya mata . Syukur ,alhamdulillah berkat usaha Sha dan suami kami bakal dikurniakan zuriat.

Segan sebenarnya nak cerita semua sepanjang kehamilan,Tak apa Sha kongsi dengan korang yang Sha rasa penting sahajalah ea.hihi. 



Lambat period adalah perkara biasa dan normal.Adakalanya kita akan terasa syok sendiri bila dah lambat period mulalah tercari-cari TANDA-TANDA HAMIL simpton hamil kat google, kawan-kawan. Padahal belum lagi period.Ergh! itu biasa pada yang menunggu untuk mempunyai cahaya mata. hehe. Sekurang-kurangnya ada juga usaha nak dapatkan zuriat dengan bersungguh-sungguh. Seeloknya jangan terlalu memikirkan nanti jadi tekanan.




 Bila dah lambat datang period korang try belilah pregnant test, yang murah punya  pun tak apa.Sha pernah beli yang guardian punya. Dalam kotak tu ada dua ujian. Korang boleh buat pada waktu malam dan esok pagi untuk memastikan dapat 2 line. Apa yang penting korang beli lah UPT (urine pregnant test) yang mudah untuk korang guna. Nak beli mahal ke murah ikut suka.Bila dah dapat 2 line. Ada yang suruh pergi jumpa doktor untuk pastikan hamil atau tak dan tanya dah bape minggu pregnant. Ada jugak yang kata beli susu dan obimin sahaja. Erm, iyelah kita tak tahu apa nak buat bila dah dapat keputusan ujian kehamilan tu.


NAK JADI DOKTOR,MUKA JUMPA PESAKIT SENYUM LAH SIKIT!-tak sakit jadi sakit tau x


 Sha pergilah ke klinik kesihatan biasa untuk bertanya. Layan dah lah macam nak tak nak, (bebel kejap dalam hati, pergi klinik swasta jugak puas hati walaupun bayar mahal."bayar buat jadi lembut dengan kita"-seseorang). doktor tu cuma cakap awak dah buat pregnant test dapat line dua buat apa nak pastikan lagi? . Ya Allah, bersabar je lah hati. Kenapa lah doktor tu tak cakap aje dengan ayat yang LEBIH baik. Sama-sama perempuan. Ucaplah tahniah, tanya kat kita dah berapa lama x period dan bagitau dah berapa bulan mengandung. Seronok lah kita bila dilayan macam tu kan =). Erm.. tak apalah, biarlah Allah sahaja yang balas dengan setimpal apa yang doktor tu katakan. Mohon dia tak buat macam tu pada kaum wanita yang bakal bergelar ibu. Selepas jumpa dengan doktor tu, Sha pun masuklah ke bilik untuk ambil ujian darah. Jururawat kat situ, suruh Sha cepat-cepat buat buku merah supaya mudah untuk booking hospital bila bersalin.Pulak dah.... ^^


ekspresi muka sha lebih kurang macamni lah, lepas je dah jadi perkara macam tu

Selepas perkara macam tu berlaku, serik Sha nak pergi untuk tanya pasal baby atau apa-apa tau. Sha pergi ke klinik swasta tanya pasal kandungan. Alhamdulillah, layan dengan baik. Sha pun rasa selesa.





Awal pregnant memangla rasa tak selesa. Lain orang lain alahan nya. Penat sangat dah nak layan alahan ni, maka Sha pun buat tak layan dan fikir positif walaupun adakalanya menangis tak tahan.hehe.manusia..! Berkorban sikit untuk baby.Masa tu memang emosi turun naik , tapi cepat-cepat isghtifar dan berfikir positif.




Masuk trimester seterusnya, alahan beransur pulih. Alhamdulillah.Okey, sepanjang hamil Sha ambil susu ENFAMAMA / OBIMIN.... sahaja. Itu sahaja mampu, larat Sha amalkan pemakanan tambahan. Owh ya, kalau korang tak lalu nak minum susu tepung. Boleh ganti dengan susu kotak dutch lady yang biasa ada kat kedai tu takpun air yogurt. Erm, air yogurt sedap..! ^^.





Sekarang ni, tangan kanan sudah kebas beberapa minggu lamanya. Mulanya,memang rasa tak selesa dah lama-lama jadi kebiasaan tangan kanan ni kebas non stop.Nak hilangkan rasa kebas ni kene buat macam nak menguli tepung. Alhamdulillah kurangla sikit rasa kebas.

Maaf , tak banyak yang Sha dapat kongsikan sebab tak ada pertanyaan.hehe. Okey, jaga diri baik-baik dan baby dalam kandungan . ^^.Comel plak gambar gadis kat atas ni.... =)

















TERIMA KASIH,sudi baca

6 budak baik:

Sheila Salim on Thursday, June 27, 2013 6:50:00 PM said...

Assalamualaikum sha, bestnya kongsi pengalaman mengandung... nanti baby dah keluar mesti sha rindu kan bila baca entri lama ni :)

Eyesha Zaidin on Friday, June 28, 2013 4:49:00 AM said...

@Sheila Salim insyaALLAH..a.ah..=)...

Kyla Pearlisha on Saturday, October 12, 2013 1:04:00 AM said...

Salam perkenalan ..sy prgnant xamik apa2 ubat pon.heheheh.tp pnglaman mngndung mmg sgt beruntung siapa yg melaluinye.wlupon kdg2 tu stress dpt2 yg bad morning sickness tu.huhu

Eyesha Zaidin on Sunday, November 10, 2013 6:47:00 AM said...

@Kyla Pearlisha owh ya..tapi awk de dpt obimin daripada doktor x?..=)...kalau dah buat buku merah awak akan dapat obimin

MAA on Thursday, March 13, 2014 1:19:00 AM said...

tahniah kpd sha yg dh pgnant. sy hrp sha izinkan sy untuk berkongsi info. kepada sesiapa yang sedang mencari kerja sambilan hanya dari rumah anda boleh klik link di bawah atau anda boleh menyalin dan taipkan di google. TANPA MODAL dan sangat mudah. :
http://Youthweeklypay.com/?invite=18308

Eyesha Zaidin on Wednesday, April 23, 2014 6:38:00 PM said...

@MAA

alhamdulillah...tq..=) boleh. . .

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan