20130627

Tanda-tanda Awal Kehamilan

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 08:11
klik-klik=) 
Assalamualaikum...




Sha kongsikan dengan korang , hasil Sha google dan Sha alami :)


1. Terasa mual*

-Ia biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah.


2. Kekerapan membuang air kecil*


- Tidur terganggu serta melakukan aktiviti harian terganngu akibat kerap membuang air kecil.Ia berlaku kerana tubuh kita menghasilkan cairan tamhana untuk janin anda.Jangan menahan kerana boleh menjejaskan kesihatan diri


3. Terasa Kram


-Ia berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.



4. Mengidam*


-Wanita hamil memang sangat berkait rapat dengan mengidam pelbagai makanan. Kebiasaanya akan mengidam buah-buahan yang masam dan jeruk.


5. Moody*


-Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan. kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda.


6.Bau Badan


-Tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil.Namun,jika memang muncul bau badan. Maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelinjar keringat mngkat.


7. Pengsan


-Ia berlaku kerana kekurangan gula dalam badan.Dinasihatkan menjaga pemakan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.



8. Sakit punggung


-Ia disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.


9. Rasa lelah yang berlebihan


-Rasa lelah yang berlebihan akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.


10. Sembelit


-Ia terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim ia juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan
sembelit atau susah membuang air besar.Namun kebaikannya memungkinkan penyerapan 
nutrisi yang baik saat hamil.




11. Rasa lapar yang berpanjangan*
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

12. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
14. Merasa tidak bermaya*
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
15. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
16. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
17. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
18. Suhu asas badan tinggi berpanjangan*
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
19. Missed period*
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
20. Ujian air kencing yang positif*
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan…


InsyaALLAH...^^


TERIMA KASIH,sudi baca

2 budak baik:

Sheila Salim on Thursday, June 27, 2013 6:53:00 PM said...

Assalamualaikum sha, banyak diantara ini sheila alami, masih tetap negatif. Allahuakbar! semoga hati ini kuat menerima dugaan dariMU.. sha, counting ur days? heeee

Eyesha Zaidin on Thursday, June 27, 2013 9:53:00 PM said...

Waalaikumsalam :) kt kn sbar dgn tabh.sha pernh alami mcm2 soalan.kne perli dan apa yg want lain rasa bla menanti ada zuriat. . Moga sheila cepat dpt anak.amen :D. . .a.ah menghtg hr jgk la. .hehe

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan