20130701

Baby Tersedu Dalam Perut Adalah Normal

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 20:43
klik-klik=) 
Assalamualaikum...








Tengah seronok duduk ambil angin, terasa baby dalam perut ni tersedu-sedu.Lama pulak tu, mestilah hati yang senang tadi jadi risau. Jumpa doktor tanyakan perkara yang Sha alami. rupanya ia adalah normal. Alhadmulillah, lega la sikit bila doktor kata macam tu dengan senyuman yang menawan. hehe. JIka terasa baby sedu terlalu lama dalam masa satu jam kene cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaaan selanjutnya.


Siapa pernah alami?. rasa dia macam dalam rahim kita ni bergerak-gerak macam kita tersedulah tapi dari dalam rahim.Merasa sedikit tak selesa kerana kesian dengan baby asyik tersedu je. Kadang-kadang terfikir tau, nak hilangkan dia sedu minum air banyak-banyak.hehe. Tapi sama jugak. tak hilang pun sedu nye.


Okey, nak info lagi




--> Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan. 



p/s : ramai nya geng dengan baby lahir bulan yang sama. Owh, tak apa..kita raya sama-sama kat rumah dengan berkain batik.! ^^


TERIMA KASIH,sudi baca

4 budak baik:

Sheila Salim on Monday, July 01, 2013 8:55:00 PM said...

Assalamualaikum sha, bestnya tengok gelombang perut. heheheee :)

ekin schmidt on Tuesday, July 02, 2013 9:20:00 PM said...

ouch!
the best moment ever
hanya yg bertuah je dpt rasa.
take care :)

Eyesha Zaidin on Wednesday, July 03, 2013 12:04:00 AM said...

Tq ekin :)

Eyesha Zaidin on Wednesday, July 03, 2013 12:48:00 AM said...

@Sheila Salim waalaikumsalam. . .aha. .tp prisau bla kerap dia sedu :)

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan