20130910

Stroller Untuk Nur

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 10:13
klik-klik=) 
Assalamualaikum...








hi semua.. . .lamanya sha x update blog.Semenjak dah ada baby kene pandai cari masa.Seronok dah ada baby, teman kita kat rumah.Jenuh sebenarnya nak cari stroller yang betul-betul berkenan kat hati dan kemampuan kita. Paling penting anak kita nak duduk kat stroller kita beli tu. Kalau tak, sayang rugi dah beli tapi tak pakai sebab anak tak nak duduk kat stroller.Ikut bajet kita nak beli stroller yangmacam mana. Sha tengok juga kat blog-blog mama yang lain.(sekarang dah jadi emak jadi isi blog pun haruslah ke arah emak-emak..hihih) banyak juga senarai yang mama-mama blogger ni senaraikan. Sha dua jenis je.Hehe..Nak tau yang macammana?.Meh scroll ke bawah ;)





Stroller pertama yang Sha nak pilih adalah SCR10 tapi husband suka lagi SCR6. Ya, pada mulanya memang Sha tak heran sangat nak beli stroller apa sebab memang tak mencari pun .Bila husband dah ceritakan tentang kelebihan dan juga kegunaannya baru lah Sha mula berfikir nak pilih stroller apa. Masa tu dah nak raya memang stok untuk 2 stroller ni ada. SCR6 pun ada harga promosi dari RM6++ ke RM5++. Kira murah lah sebab SCR6 ni mahal sikit dari SCR10.Kita ni orang perempuan jadi rambang mata la.Ha.. tak tau nak pilih yang mana satu. Jadi hold dulu untuk beli stroller. Makanya, berjalan-jalan dukunglah baby yang masih kecil comel tu.Selepas je beberapa minggu dan nak keluar beli barang barulah terfikir perlu beli sebab nak bagi anak selesa kan.Ha..masa tu la kelam kabut nak mencari .Bayangkan mencari SCR10 stok habis sesaja. 3 tempat pergi mencari tau, habis..Sampai call office SWEET CHERRY.Stok memang cepat habis. Wah! ramai nya yang beli stroller jenis ni. Memang Sha menunggu tau. Iyelah dah berkenan kononnya.Sebab :-

  • Boleh jadi bucket, anak nak tidur pun selesa boleh buat macam-macam gaya
  • cantik dan anggun! haha (x de motif langsung, tapi memang itu yang korang nak jugakan??!)
  • lembut dan body dia yang tengah tu nampak tegap
Ha...itu ajelah yang Sha fikir. Itu bagi pendapat Sha la.Orang lain tak taulah Sha..haha





Okey, entah macammana Sha boleh ubah fikiran plak setelah berjaya pujuk suami beli SCR10.Sha nak beli SCR6 plak. Huh! plak dah!. WANITA sememangnya banyak berfikir.haha..ke Sha sorang je macam tu?Bukan apa, bila fikirkan balik.SCR6 ni cantik jugak, lembut bila tolak. Walaupun dia punya tempat duduk tak boleh jadi bucket tapi nampak lagi luas, selesa dengan "cap" dia lebar.Tempat letak kaki pun nampak macam lagi selesa.Orait! confirm nak SCR6. Fuhh, en.husband tersenyum lah sambil cakap pulak dahhh...hahaha.


See! dua jenis je yang Sha senaraikan.Eh, tapikan SCR5 pun ada gak Sha terfikirkan.cantik jugak. . .=).Okeyla..Sha sharekan pada korang antara stroller yang best tapi brand sweet cherry la..jom cuci mata sikit.


 SCR10 ni ramai yang suka dan cepat habis stok sebab feedback dari customer yang dah beli SCR yang sebelum dia. Banyak juga yang Swet Cherry "perbaiki design". Bakul letak di luar senang nak capai barang. Erm.. memang memudahkan.Stroler ni bila kita tolak memang "smooth" pergerakan dia. Tayar boleh dicabut.Cabut ada button dia =).Mudah dilipat. Seyez! cari SCR10 ni macam menunggu orang lebih dari berjam-jam..haha.Sha sempat juga beli tapi REFUND.wahaha sebabnya button ada yang rosak.Merasa la jugak kan tolak SCR10 ni.kikiki



SCR9 ni cantik jugak.Tapi dia ibarat SCR10 + SCR6 .Eh dua-dua ni dalam senarai Sha.Tapi Sha tak berkenan sebabnya body dia.


Yang last sekali 2, pilihan en.husbnd.Akur juga Sha dengan pilihan en.husband. Kalau tak nak beli quinny. Quinny melebihi bajet jadi kene reject dari senarai.Haha..Doakanlah kami ada rezeki lebih ea.amin.Ringan dan Okey jugaklah. Patutla harga dia tak turun-turun. Turun bila ada harga promosi je.Apapun biar anak kita nak duduk stroller yang kita beli tu.hehe.amin.Owh ya, SCR12 bakal keluar akhir tahun ni =).







TERIMA KASIH,sudi baca

2 budak baik:

haz on Monday, September 23, 2013 6:38:00 AM said...

aa comelnye stroller sume ni.. bila la sampai turn haz plak kn. hahahah

Yazidane Shah on Wednesday, January 28, 2015 7:59:00 AM said...

salam...saya ada menjual stroller dan car seat sweet cherry...antaranya scr6,sc7,scr9,scr10,scr12 dan banyak lagi

lawati web saya http://bagaimana.com.my/sweet-cherry-stroller-scr10-murah/ atau hubungi saya yazid di 011-14465715...

kami prefer customer cod dengan kami di putrajaya..

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan