20131231

Pengalaman Bersalin

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 00:44
klik-klik=) 
Assalamualaikum...



Mohon maaf kepada yang sudi membaca blog Sha yang tak seberapa ni. Semenjak ada Nur. Sibuk dengan hal rumah.hehe. InsyaAllah ada masa Sha akan update. Sha sendiri bosan dengan blog sendiri sebab macam tak ada topik yang best nak share. Husband selalu pesan blog untuk kongsi topik yang orang nak tahu info bukan pasal hal diri buat apa.hehe. Ala tapi dah memang trend kan yang berblog banyak story pasal diri sendiri.Tak kisahlah , ikut suka masing-masing la ea. Ada yang suka baca teruskan je lah membaca .hihihi



Tak tahu sakit nak bersalin macammana




6 ramadhan - Sha memang tak faham sangat sakit nak bersalin macammana. Sakit sejak nak bersahur. Tapi sakit sekejap datang dan pergi. Mula rasa sakit nak berbuka selepas asar. Fuh! masa tu Allah sahaja yang tahu. Menangis nak bangun tak boleh sebab tahan sakit. Syukur henpon dekat dengan Sha. Nak panggil tak lalu segan sebab bukan duduk rumah sendiri kan.ehhehe..Call husband dari dalam bilik.Makin kerap sakit selepas berbuka. Masa tu dah tak fikir malu apa dah.haha.. yelah sampai Sha muntah dua kali menahan sakit. MIL pun pelik tengok Sha muntah. Itu dah tahap Sha tak boleh nak tahan sakit. Sha sebelum kahwin memang ada senggugut jadi memang tahu rasa sakit senggugut macammana. Ianya lebih sakitttt daripada senggugut!..erghh.. itulah tak makan Salindah dengan teratur. ada 2 3 botol tau Sha miss nak makan. Fuhh!!!





Ke Hospital apabila keluar tanda-tanda nak bersalin



8.00 malam - Bagaikan bertarung dengan nyawa menahan sakit dekat rumah.MIL tak bagi pergi hospital lagi sebab pergi sana belum tentu dapat bilik. Kat sana nanti tahan sakit atas kerusi. Sampailah Sha menangis tak terkata dengan tangan menggigil tanya en.suami dah boleh ke tak pergi hospital. Sambil tu Sha minum air selusuh yang MIL bagi.PERHATIAN! setiap orang mengalami sakit bersalin situasi yang berbeza.=) .Sampai di hospital alhamdulillah dapat parking dekat denagn pintu masuk. Masa tu memang jalan pun tak larat sebab sakit yang terlalu sangat.


Daftar Masuk


Rezeki masing-masing kalau dapat daftar cepat.Apatah lagi korang dah duduk depan kaunter dengan tersenget-senget menahan sakit. Erkk...!
ERmm..kene tahan sakit duduk di kerusi.Itu Sha dah memang tahu. Sha sorang je yang terenjat sakit tau..Orang lain dok pandang je sha. Rileks je diorang. Sha dalam hati..Allah..andai ini dugaan aku.Aku redha. Lama jugak la menahan. Erm.. Sabar tau sha tunggu . Mulut memang tekumat kamit membaca doa dan zikir.


 Masuk Labour Room

Ini pun rezeki dapat masuk ke labour room sbb masa nurse nak check jantung baby (yang kene pakai satu benda kat perut kita) Sha tak leh baring dengan diam. Memang dah sakit sangat. Smpai kakak yang kat sebelah sha tanya, sakit sangat k? anak no berapa?.
Memang dah sakit sangat macammana sha nak baring dgn diam. Nurse yang toong pasang kan benda tu suruh sha baring elok-elok sebb bacaan jangtung baby tak cantik.SAYA DAH SAKIT T_T .maaf la tak dapat nak baring diam.Agaknya nurse tu tengok sha macam dah tak tahan sakit. Dia check bukaan. 6CM!

Dalam labour room kene cucuk dekat peha. Sha baru dapat baju hospital masa tu. Masukkan wayar di tangan.ERm..memang tak duduk diam atas katil tu. Tak tahu nak push time bila. Sempat lagi berbual dengan staff nurse tanya tentang nak bersalin macammana.HUHUHUHU. Walaupun dah baca dan bertanya pada yang ada pengalaman.



bersambung…:



TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan