20140423

DOBI LAYAN DIRI lagi best kalau ada di kawasan pelancongan

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 19:41
klik-klik=) 
Assalamualaikum...





Bulan lepas Sha makan angin di Lumut, itupun setelah pergi ke kenduri kahwin.hehe. Ala perkara biasala lepas ada kenduri atau apa-apa event sambung je la ke mana nak pergi.Memang packing baju tak banyak sebab nak save ruang dalam kereta.haha. .untuk mengelakkan beg baju kotor menjadi berat jangan bagi basah kat baju kotor atau baju yang korang dah pakai.Sehelai dua tak apa la untuk "kain basah".



Dah masuk hari ke dua. Kami pun mencarilah dobi layan diri yang buka 24 jam sampai waktu malam iyelah konon nak basuh sendiri siap terus kalau hantar dobi timbang kene tunggu setengah hari =). Bertanyalah pada orang yang dekat siti. Ada yang kata ada, ada yang kata tak ada. Mencari jugaklah sampai ke kawasan yang ada student.Jawapannya memang dah tak ada. =). Maka terpaksalah menghantar baju-baju kotor tu kat dobi timbang je esok pagi. Dapat ambil pukul 2 petang. 


Sementara tunggu baju kotor tu dibasuh kami ke Pulau Pangkor, ha sempat lagi . . .hehe. Sampai sana memang tak tahu nak pergi kemana naik apa.hahah lama betul tak ke sana. Mujur dapat teksi van yang ok.Ni Sha share info next entry ea. Minta maaf dah ada anak ni sibuk,bukan  apa dia pun sibuk jugak nak menaip bila nampak laptop ni terbuka muka kemain suka.



Bila kita dah basuh baju kotor ni antara sebab sha buat macam ni adalah :

  • sepanjang perjalanan balik kurang sikit bau dalam kereta.hehe
  • bila dah tak ada baju nak pakai, ada jugak baju dah basuh nak pakai
  • balik dari bercuti, kurang baju kotor nak cuci. Sebelum keluar rumah memang dah siap kemas, baju dah berbasuh tunggu lipat je =)
  • ikut suka korang la nak basuh ke tak nak kan..heheh





dekat sini kene beli sabun kalau korang tak bawa sabun dari rumah atau pun tak nak bawa sabun. Sha cadangkan bawalah sabun dari rumah siap-siap. Puas hati =)






Disebabkan time tu kitorang lupa nak bawa sabun dari rumah terpaksalah beli. Sudahlah salah beli.Haha . Apa kehalnya kitorang membeli beg laundry. Adoiyai..hahha.Pengajaran kat sini. Sila fahamkan betul-betul sebelum nak tekan ea.




Ini adalah senarai harga ea kawan-kawan. Ada kat tempat lain harga dia murah 50 sen je tapi sabun diasediakan cuma kurang wangilah..hhuhuhuhu.Sepeti biasa Sha katakan ikut suka koranglah nak basuh kat kedai yang sabun disediakan tanpa bayar atau tak ea =)









Beginilah keadaan dalam mesin basuh tu. Alamak terlupa nak amik gambar yang untuk pengering punya. Untuk pengering korang jangan letak mampat sangat ea sebab korang tengok pengering tu kemain besar dan luas pi sumbat selagi boleh.Jangan tau nanti baju korang tak kering. Sia-sia je nanti kene keringkan secara neutral.





Gambar yang atas ni kat bahagian atas sekali tu adalah mesin pengering. Dia memang besar dari mesin basuh sebab dia nak keringkan baju. Tq korang sudi baca blog sha yang seberapa best ni. InsyaALLAH ada lagi info menarik sha kongsikan ea.Mudah-mudahan info ni berguna untuk korang ^_^ V



p/s: punyalah senangkan hidup zaman sekarang. Cuma mesin lipat kain je tak ada lagi..Kalau dah ada....haaaaaaa... apa korang rasa???hehehe



TERIMA KASIH,sudi baca

2 budak baik:

Sheila Salim on Wednesday, April 23, 2014 8:21:00 PM said...

Assalamualaikum sha, hehee tak pernah lagi pergi dobi layan diri ni. hehe singgah menabung colgate sini~~~

Eyesha Zaidin on Wednesday, April 23, 2014 8:30:00 PM said...

@Sheila Salim waalaikumsalam....kalau datng basuh benda yang berat macam cadar okela,=)

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan