20140809

HITO BABY POWDER

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 21:10
klik-klik=) 
Assalamualaikum...





Salam Aidilfitiri semua maaf zahir dan batin. Sekarang tengah ada masa nak update blog. Untuk hari ni Sha nak kongsikan tentang bedak HITO yang tekstur dia halus dan wangi. Memang packing dia dalam bekas macam ni. Sha kenal produk ni masa ada baby fair =) 





Dalam goodies baby fair tu kadang-kadang dia sertakan dengan sample pelbagai produk. Lama jugak sample ni terperap dalam beg susu nur. Sampai satu masa Sha tertinggal bedak Nur. Syukur ada bawa sample bedak ni. BIla buka pakai emmm.. wangi bau dii. Tekstur dia lembut dan halus sangat. Jadi kita tak membazir nak guna tau sebab dia melekat pada kulit walaupun sedikit sahaja kuantiti. Bau tetap wangi.



 Sampailah Sha guna habis bedak tu, mencarilah jugak kat merata kedai baby . Tak ada . JAdi entah macam mana hati ni tergerak nak pergi beli kat baby fair. Yelah dapat smple pun dari baby fair jadi sha pun try la jenguk. MAsa tu baby fair berlangsung kat Mid Valley. Ramai orang, mungkin sebab dia dalam mall. Husband suka kat PWTC sebab luas dan besar. Sha?... entah asalakan bukan kat SACC Shah Alam. Tak best..huhuhu.





Macam ni lah keadaan bedak tu apabila dubuka, Itu tangan comel nur. Nak jugak dia pegang. Masa sampai kat baby fair Mid Valley tu memnag dah ramai orang tau. Sha plak  macam biasa haruslah nak dapatkan goodies untuk tengok produk apa yang diorang nak kenalkan pulak.  Bagus jugak untuk pengetahuan kita mana tau nak guna untuk keperluan harian.



Dari jauh dah nampak booth Hito powder ni tapi sibuk nak masuk ke hall 1 dan 2. Erm.. last baru lah nak jenguk ke booth HITO. See! syukur ada rezeki tinggal satu je untuk stok bedak ni dan dua stok untuk other type. huhuhu.. Cepat-cepat Sha grab yang biasa punya pastu tanya husband nak tak beli dua tapi yang lagi satu ni jenis lain la. Ermm.. decide beli satu je dulu sebab bekas dia pun besar. Sha pun tanyala kat promoter Hito. Tak banyak kedai yang jual bedak ni. Maksudnya lebih baik la beli by online je. Tengok kat online pun cepat aje sold out.huhuhu



Kat bawah ni antara web yang korang boleh beli secara online untuk produk ni.






Sila lah terjah =)



TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan