20170404

pengalaman gugur 13 minggu dan 15 minggu

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 07:31
klik-klik=) 
Assalamualaikum...





Susah juga bila terlupa nota letak mana. Simpan sini sekurangnya dapatlah membantu sahabat  lain mendapat sedikit info serta berkongsi pengalaman.
Berpantang gugur sha seperti berpantang bersalin cuma tanpa baby. sedih juga rasanya berpantang tiada baby disisi. perlu kuatkan hati. Setiap orang ujian yang Allah beri berbeza. Begitu juga dengan rezeki masing-masing. Alhamdulillah, sha terima dengan redha. 

baru balik dari wad level 9


Bermulanya pengalaman 
         


Sha gugur kali kedua untuk mengandung yang ke empat adalah 13minggu. Hati ibu mana yang tak rasa gembira bila tengok baby dalam perut dah ada jantung dan bergerak-gerak aktif.Selepas beberapa hari baby sudah tiada.mulanya hanya coklat,merah lepastu keluar darah. makin banyak darah,ketulan hitam. Barulah doktor bagi ubat hormon untuk kuatkan rahim. Sha mula ke hospital ada turun wrna coklat. 3 4 kali juga ulang alik ke hospital. Sepatutnya sebelum gugur sha kene tahan ward tapi disebabkan tibatiba hari tu ward penuh. Sha kene balik sbb sha cakap rumah dekat. emm. Tak apalah , sha redha.




Darah banyak   

 Sakit sangat malam tu,owh perkara yang sama sha hadapi masa keguguran 15 minggu awal tahun lepas. Darah dah banyak keluar, daripada rumah dah merasa bunyi seperti blurp dalam rahim. Allah, masa tu sha dah serah segalanya kepada Allah. Andai ini yang terbaik untuk aku dan baby dalam kandungan ini aku terima ya Allah. Suami dah cepat-cepat tolong kemaskan apa yang patut. Sebenarnya masa tu suami sha dah siap packing kan baju dalam beg untuk ke hospital.
.
.
.
Dalam perjalanan ke hospital. Rasa tak tentu arah sebab terlalu sakit. Lebih sakit daripada senggugut. Sebelum sampai hospital sha dah minta tolong suami bawakan wheelchair sebab sha betul-betul tak boleh berjalan.Beza dengan gugur kali pertama sha kuatkan diri berjalan naik ke level 9 sedangkan memang dah sakit sungguh dengan darah dah basahkan kain. Sampai di hospital, nurse terus  tolak sha masuk ke wad bersalin. Darah memang habis banyak keluar. Sha dah memang pejam mata ja. Sempat lagi sha usap perut. kita dua kuat sayang. meskipun memang tiada harapan untuk baby terus hidup dalam rahim sha. sha kene masuk air. 

Doktor keluarkan baby daripada rahim sha


Kali ni sha kuatkan hati minta tengok janin baby. alhamdulillah. Doktor bagi tengok. dah ada bentuk. maafkan ummi sayang berulang kali sha ucapkan pada baby. Masa tu tak terasa pun nak menangis walaupun selepas selesai kene masukkan mulut itik tu suami sha masuk tengok sha. Masih gagah lagi cakap tak pekan kita usaha lagi kat suami.huhu
.
.
.


sha tidur katil paling hujung


sepanjang sha kene naik ke level 9, sha dengar bunyi baby, dikelilingi dengan wanita mengandung. Sepanjang sha dalam pemantauan selama 2 jam sha dengar bunyi jantung baby. Allah, aku ingin merasa pengalaman itu lagi. Sedih plak hati sha ni.
Sampai wad atas, sha kene duduk sorang. haha dah la sha ni penakut. dengan rasa sedih dan takut perasaan tu menjadi satu.
Masa tu sibuk pandang keliling bilik.  Ada empat katil kosong. huhu. Sha siap berdoa jangan la ada benda bergerak dahla cadar semua macam tak terurus. Macam dah ada orang tidur situ tapi tak dikemaskan. lagi cemas bila sha nak masuk bilik air. Memang kuatkan hati ja doa banyak-banyak tiada gangguan. Sudahla kredit plak expired.Parah macamni weh. 
.
.
.
Agak lama jugak sha amik masa nak tidur. Datang seorang doktor nak tutup lampu.sha minta doktor tu buka balik sebab sha tak biasa tidur sensorang (sha ada pengalaman seram tidur sensorang bukan sekali dua kene). syukur doktor tu faham siap nak tolong bukakan tv utk hilang rasa takut sha. Kalau diikutkan tak ada lah teruk sangat tidu sorang kat bilik tu cuma sha ni fobia tidur sorang dalam bilik. Sebelum subuh sha dah resah sebab kredit expired. Sha tanya nurse kat mana ada public phone. Syukur nurse ni faham. Dia tanya kenapa bateri phone habis ke nak call suami. Kredit sha expired tak boleh nak buat apa. Nurse pun minta no tel suami untuk dia hubungi. Allah, bersyukur sangat sha time ni sebab nurse ni nak bantu. Sha ada pengalaman kes henpon jugak. Nurse tu tak sudi bantu, sha fikir mungkin dia bnyak kerja sangat. tu ja. 


3 kali kene seluk

Kali ke dua sha kene seluk dah sakit sebab rasa lebam dan senak. Muncung itik tu doktor macam tekan kedalam sangat dan agak kasar jugak. kali kedua je sha rasa teruk sikit sampai menangis . Kali ketiga dah kurang sikit rasa kurang. almost close yang sha dengar dari mulut doktor yang ketiga seluk sha. Sha dibenarkan balik. Alhamdulillah. Balik pun sha minx suami tolak sha pakai wheelchair sebab masih lagi sakit kat bawah ari-ari ni. sangat berbeza dengan keguguran pertama tak ada rasa sakit langsung. 


dibenarkan pulang

dalam kereta pun masih laggi terasa sakit lepastu boleh lupa nak beli barang untuk berpantang. hurm. Ok sambung next entry pengalaman berpantang.


Sabarlah, mungkin ada hikmah disebaliknya                

TERIMA KASIH,sudi baca

2 budak baik:

Sheila Salim on Wednesday, April 05, 2017 12:11:00 AM said...

Assalamualaikum sha..salam takziah. Semoga cepat sihat ye...

Eyesha Zaidin on Wednesday, April 05, 2017 6:11:00 AM said...

@Sheila Salim waalaikumsalam.. ya sheila in shaa Allah.. tq ...=)

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan