20170405

pengalaman pantang gugur

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 08:32
klik-klik=) 
Assalamualaikum...



Mandian rempah sha


Sampai ja rumah sha memang dah siap mandi sebelum dibenarkan pulang. Kiranya memang dah start tidur tinggikan bantal. Esok pagi2 suami ambil daun serai wangi, daun sireh. Itu ja yang sha buat mandi.
..Hari pertama balik dari hospital. Nak dekat sampai rumah baru teringat beli param dengan pilis. Disebabkan kat kedai tadi pilis tiada stock. 2 3 hari tak berpilis. Sekali nak beli pilis orang kedai tu tak bagi beli satu. perghh yg tukang beli adik sha. Amik ko dia nak sha lumur banyak kat muka kot. 6 keping kot kene beli. 



    

Pantang hari pertama, sabtu 1 april 2017


Pagi dah siap mandi air serai wangi. Minum susu kambing. Makan nasi pantang lauk ikan bilis selar bakar dan sup sayur. Petang minum milo o suam cecah biskut. Lapar nasi pulak hari pertama ni. Sha makan nasi dengan ikan bilis bakar dan bawang bakar tabur lada hitam.




Pantang hari kedua, ahad 2 april 2017

Pun tak mula makan jamu. Makan pati ikan haruan sebotol.lepas makn dapat info dari kawan kawan stop dulu makn pati ikan haruan sebab takut isi melekat. Takut sha dengar. Sha putuskan makan lepas habis pantang. Sha ganti makan limau sunkiest. Menu pantang makan lauk ikan selar masak singgang. Sayur bendi.

Pantang hari ke tiga,isnin 3 april 2017

 Masih lagi tak makan jamu. makan menu pantang macam biasa. menu ikan bawal putih bakar dengan sup sayur. start hari ni yang perut sha rasa lapar ja. Hilang dah rasa mual pening kepala masa pregnant. Cuma bau bau ja tak hilang lagi rasa. Dah start minum kopi anggun. Minum KAP terus rasa lawas ja, buang angin pun best ja.hahaha. Tapikan masih lagi rasa sakit2 kat bahagian ari2.   

Pantang hari ke empat, selasa 4 april 2017     

Baru start makan jamu maharani. Agak leceh untuk buka jamu maharani ni sebab dia ada bekas lilin bulat macam bola pinpong. dalam nya lagi ada satu botol bulat plastik. Dalam tu ada jamu maharani.Ini adalah kerana untuk menjaga kualiti jamu tersebut. Sha makan 5 biji pagi dan 5 biji malam. Menu makan ikan selar masak singgang lagi.

Pantang hari ke lima, rabu 5 april 2017 dan seterusnya. Seperti biasa sha ulang balik menu yang sha suka makan dalam pantang. Memandangkan usia keguguran sha 13 minggu jadi sha akan berpantang makan, mandi, berjalan selama 44 hari. Tahan ke tu part berjalan tu?. haha.. in shaa Allah. Bawa bawa sedar diri aishah oii umur nak capai 30 dah. Biarla rasa macam seksa* sikit tahan nafsu nak bersuka ria. Bergantung pada tahap badan masing-masing. Macam sha memang dah mula ada rasa sakit badan bila kene angin malam. Dia punya menggigil lain maca. Dulu masa umur awal 20 an elok la kene angin malam. ya lah kerja balim dari jusco naik bas so perlu tunggu semua orang balik baru bas jalan. Memang jarang dapat balik shift petang sebab bujang lagi kan masa tu. Orang yang dah kahwin ja ada keutaam shift balik petang.hehe.


Ais tak minum ke?pemakanan?

ya. Sha akan stop minum ais kembali sampai sudah hamil kembali. In shaa Allah. Makan pedas sha akan cuba kurangkan. Berminyak. eh tu la makanan fav sha kalau bergoreng ni.
minum air masak 2 liter (ikut keperluan bmi masing-masing). Banyakkan makan sayur. Kurangkan angkat berat-berat.lecehla ko ni aishah macam-macam plak. Percayalah sha dah amalkan benda ni masa gugur pertama. Alhamdulillah, badan sha sihat tak lemau,lesu. =)
.
.
.
Sha akan terus amalkan jamu sehingga period sha kembali lancar. Erm.. fokus utama pada rahim dulu kemudian baru nak belek kulit muka ni. Bukan apa, kulit muka sha mmg tgh ada masalah sekarang ni. rasa kurang kenyakinan bila nak berdepan dengan orang. 



      

TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan