20170714

Yawas untuk anak selangor

ikhlas dari Eyesha Zaidin sekitar masa 19:23
klik-klik=) 
Assalamualaikum...

Sha dah apply kad tawas ( masa tu sha kenal dengan nama tawas) sebelum ainul capai umur 3 tahun. Masa apply, yawas ni baru pindah bangunan depan sekolah rendah shah alam seksyen 7. (Maaf kalau silap).

Sha siap hantar dokumen semua lengkap seperti yawas minx dengan ada cop pengesahan ketua kampung.

Seingat sha, yawas kata akan postkan kad jika dah siap. Lama jugak lah menunggu sampai kitorang lupa. Ainul pun dah umur 4 tahun genap masuk bulan julai ni.

Sha tersedar pasal kad yawas ni sebab kawan update kat instagram. Alhamdulillah, thanks kat dia sebab teringatkan sha. Mulanya risau la sebab sha dah apply sebelum umur ainul 3 tahun.

Sebelum pergi ke sana, sha check status permohonan sha. Dan sangat terkejut sebab kat situ cakap permohonan sha tak diproses sebab maklumat tak bagi lengkap seperti salinan mykid, ic, . Mestilah sha tambah risau sebab memang dah serah semua yang diperlukan by hand bukan secara online.


Kemudian sha call direct yawas. Empat kali juga sha menunggu pegawai angkat. Last, aha cakap terus dengan operator pasal sha nak tau status yang masih lagi boleh teruskan atau tak. So, Alhamdulillah boleh diteruskan.

Sampai kat kaunter yawas, check status dan dia minta dokumen yang sha memang sedia bawa. Isi borang pengesahan dapat kad yawas. Sampai kat kaunter lepas panggil nama. Serah semua dokumen dan borang. Masa sha pergi tu orang tak ramai jadi proses tak lama siapkan kad yawas.
TERIMA KASIH,sudi baca

0 budak baik:

Post a Comment

sila tinggalkan komen dengan kata yang sopan =)
Terima Kasih sudi tinggalkan komen

kasih kekasih hati

 

Eyesha Zaidin Copyright © 2011 Designed by Ann's Gallery Sponsored by Siti Nuraihan